CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 95|Reply: 0

Perlu ilmu pelihara burung

[Copy link]
Post time 29-5-2025 10:11 PM | Show all posts |Read mode


SELAIN kucing, burung juga antara haiwan peliharaan yang paling banyak dibela dan menjadi hobi popular dalam kalangan masyarakat Malaysia dan seluruh dunia.


Malah, segelintir orang memelihara burung merasakan mereka begitu dekat dengan alam.


Kicauan dan aksinya yang selalu terbang bagaikan terapi semula jadi mengilhamkan ketenangan dan memukau pandangan.


Bagaimanapun, sebagai pemelihara burung yang bertanggung jawab dan komited, anda harus meluangkan lebih banyak masa bersama haiwan peliharaan yang terkurung di dalam rumah.


Ini kerana tanggungjawab anda sebagai pemilik burung adalah sangat besar dan terdapat pelbagai perkara harus diambil kira dari segi penjagaan haiwan itu sendiri.




Apatah lagi memelihara burung memerlukan perhatian sepanjang masa dan bukan hanya meletakkannya di dalam sangkar atau menggantungnya di luar rumah begitu sahaja.


Fahami dan dapatkan sebanyak mungkin info atau ilmu berkaitan haiwan berkenaan supaya anda lebih bersedia berdepan sebarang kemungkinan.Pada masa sama, anda harus memberi perhatian kepada aspek pemakanan haiwan berkenaan.


Ini kerana burung sangat sensitif terhadap makanan. Sebagai pemilik burung, anda perlu mengenal pasti diet haiwan itu dan memberi makanan bernutrisi mengikut dietnya bagi memastikan ia sentiasa sihat selain mendapat diet yang betul.


Dari segi minuman pula, ia perlu diberikan dan ditukar setiap hari supaya burung terbabit tidak mudah diserang sakit kerana air itu cepat kotor jika tidak ditukar.


Trend memberikan kuaci kepada burung juga bukan satu tindakan bijak biar pun kebanyakan orang melakukannya.Hakikatnya, kuaci tidak boleh diberikan kepada burung kerana tidak mengandungi zat dan nutrisi walaupun haiwan itu sangat menyukainya.


Seterusnya, burung boleh hidup dalam sebuah ruang yang mempunyai suhu bilik.




Haiwan itu tidak memerlukan kipas dan juga penghawa dingin. Justeru, letakkan burung peliharaan anda pada suhu bilik yang sesuai supaya kekal sihat.


Bagaimanapun, sangkar burung peliharaan juga perlu besar dan selesa supaya ia boleh terbang dan bergerak bebas.Anda juga tidak seharusnya mengabaikan interaksi dengan burung peliharaan kerana haiwan itu perlu sentiasa diberi perhatian dan dibelai.


Semestinya berinteraksi dilihat sebagai langkah paling bijak dan membantu mengurangkan stress haiwan berkenaan.


Malah, anda juga perlu faham bahasa tubuh burung kerana situasi itu membantu anda tangani setiap permasalahan termasuk sakit dialami atau moodnya.


Di samping itu, penjagaan kesihatan haiwan itu juga perlu menjadi keutamaan sebagai langkah pencegahan awal supaya ia kekal sihat sepanjang masa.




Sebaiknya, anda sebagai pemilik perlu membawanya berjumpa doktor haiwan untuk pemeriksaan berkala.


Selain itu, digalakkan supaya membawa burung peliharaan untuk pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya dua tahun sekali.


AKTA 716


Harus diingat, dalam keseronokan membela burung, ada spesiesnya yang anda perlu buat semakan terhadap status milikan lesen dan permit tertentu.


Semua itu bagi mengelakkan pemilik daripada disabitkan kesalahan mengikut Akta 716.


Ia merujuk kepada Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 bagi perlindungan dan pemuliharaan hidupan liar di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.




Akta 716 memperuntukkan bahawa mana-mana spesies hidupan liar yang dilindungi di bawah Jadual Pertama memerlukan lesen bagi tujuan penyimpanan sebagai haiwan peliharaan.


Jika masih keliru dan terdapat sebarang perkara yang meragukan membabitkan status haiwan terutama mereka yang membeli haiwan terbabit menerusi platform dalam talian, rujuk terlebih dahulu dengan pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN). - HARIAN METRO


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Hobi & Koleksi


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2025 06:45 AM GMT+8 , Processed in 1.437622 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list