CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11|Reply: 0

Yogurt, tempe, kimchi sumber makanan probiotik baik untuk usus

[Copy link]
Post time 21-5-2025 11:36 PM | Show all posts |Read mode


KESIHATAN usus memainkan peranan penting dalam memastikan sistem penghadaman manusia berfungsi dengan baik.


Salah satu cara menjaga kesihatan usus ialah dengan mengamalkan pengambilan makanan yang mengandungi probiotik.


-Advertisement-

Probiotik ialah mikroorganismae hidup yang memberikan manfaat kesihatan kepada tubuh, terutamanya dalam mengekalkan keseimbangan bakteria baik dalam usus.


Oleh itu penting kita mengetahui jenis-jenis makanan probiotik yang baik agar kesihatan usus sentiasa berada dalam keadaan optimum.


Antara makanan probiotik paling mudah didapati dan popular ialah yogurt.



Yogurt dihasilkan melalui proses penapaian susu menggunakan bakteria baik seperti Lactobacillus dan Bifidobacterium.





Pengambilan yogurt secara berkala dapat membantu melancarkan sistem penghadaman, mengurangkan masalah sembelit, dan memperbaiki keseimbangan bakteria dalam usus.


Namun, kita harus memilih yogurt yang tidak mengandungi gula tambahan kerana kandungan gula yang tinggi boleh mengurangkan keberkesanan probiotik.


Ramai beranggapan hanya yogurt dan minuman susu kultur mengandungi probiotik.


Namun terdapat banyak lagi makanan lain yang turut mengandungi probiotik.


Tempe juga makanan probiotik yang baik kerana mengandungi vitamin B12.


Tempe yang diperbuat daripada kacang soya ini melalui proses penapaian semula jadi dan kaya dengan protein serta bakteria baik.


Ia bukan sahaja membantu kesihatan usus, malah memberi tenaga dan sesuai dijadikan makanan harian, terutamanya dalam kalangan masyarakat Melayu.




Lazimnya, tempe digoreng dijadikan pelengkap hidangan. Tempe juga mengandungi serat yang baik untuk melancarkan pergerakan usus.


Kimchi, makanan tradisional Korea yang diperbuat daripada sayur-sayuran yang ditapai bersama rempah, turut dikenali sebagai sumber probiotik yang baik.


Kimchi bukan sahaja kaya dengan bakteria baik, tetapi juga mengandungi vitamin A, B dan C, serta kalsium dan zat besi.


Kombinasi nutrien ini menjadikan kimchi makanan yang baik untuk sistem imun serta usus.


Di samping itu, kombucha, iaitu minuman teh yang ditapai, juga semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat moden.


Kombucha mengandungi enzim, asid amino dan probiotik yang membantu detoksifikasi badan dan memperbaiki sistem penghadaman.




Bagaimanapun, individu yang mempunyai masalah kesihatan tertentu seperti gastrik perlu mengambilnya dalam jumlah sederhana.


Keju sering dianggap sebagai makanan tinggi lemak, namun terdapat juga jenis keju yang mengandungi probiotik dan mudah didapati.


Keju turut membekalkan pelbagai nutrien seperti protein, kalsium, vitamin B12, fosfor dan selenium.


Namun, tidak semua keju yang masih mengekalkan probiotik selepas proses penapaian.


Antara keju yang mengandungi probiotik adalah seperti keju mozarella, cheddar, gouda dan keju cottage.


Pengambilan makanan yang kaya dengan probiotik sangat penting untuk memastikan kesihatan usus baik.


Makanan seperti yogurt, tempe, kimchi, kombucha dan keju bukan sahaja menyihatkan, malah mudah didapati dan sesuai untuk dijadikan sebahagian daripada diet harian.


Oleh itu, kita semua digalakkan untuk mengamalkan gaya pemakanan sihat dengan memasukkan makanan probiotik ke dalam menu seharian demi kesihatan jangka panjang. - BH ONLINE




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2025 02:56 PM GMT+8 , Processed in 0.375216 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list