CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 42|Reply: 0

[Sabah] Lelaki rogol jiran dipenjara 13 tahun, 5 sebatan

[Copy link]
Post time 21-5-2025 11:12 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 13 tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan merogol jirannya.


Midrick Makales, 30, menukar pengakuannya kepada bersalah di hadapan hakim Elsie Primus ketika perbicaraan kes berkenaan sepatutnya bermula hari ini.


Tertuduh mengakumelakukan perbuatan itu terhadap seorang wanita berusia 21 tahun pada jam 11 pagi, 13 Januari lalu di sebuah bilik sewa dekat sini.


Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.


Berdasarkan fakta kes, kejadian berlaku di sebuah bilik sewa di tingkat satu sebuah premis, yang turut menempatkan beberapa penyewa lain.


Mangsa tidak mengenali tertuduh dan tidak pernah bertegur sapa kerana beliau dan suaminya baru berpindah ke bilik sewa berkenaan.


Pada hari kejadian, mangsa terdengar bunyi ketukan kuat di pintu biliknya selama hampir satu jam tetapi tidak mengendahkannya.


Selepas keadaan senyap, mangsa menyangka tiada sesiapa di luar dan bersedia keluar menuju ke rumah ibunya. Namun, ketika membuka pintu, tertuduh tiba-tiba menarik mangsa masuk ke biliknya.


Mangsa cuba melawan dan meronta minta dilepaskan, namun tidak diendahkan. Tertuduh bertindak menampar dan mencekik mangsa sebelum merogolnya. Semasa kejadian, tertuduh memberitahu bahawa dia menyukai mangsa dan mahu mangsa menjadi isterinya.


Setelah dilepaskan oleh tertuduh, mangsa terus ke rumah ibunya di bangunan sebelah dan menceritakan apa yang berlaku. Laporan polis dibuat dan membawa kepada penangkapan tertuduh.


Hasil siasatan lanjut mendapati, ujian saringan air kencing ke atas tertuduh didapati positif dadah jenis syabu.


Dalam rayuannya, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan atas alasan telah insaf dan tidak mahu terus menyusahkan keluarganya.


Katanya, dia menyesal dan menjadikan kes itu sebagai pengajaran buat dirinya.


Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Shaferrah Mad Iskim, memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal, memandangkan kesalahan seksual ini merupakan jenayah serius dan tertuduh merupakan orang asing kepada mangsa serta menjadi ancaman kepada masyarakat.


Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani sesi kaunseling semasa dalam tahanan, serta diletakkan di bawah pengawasan polis selama tiga tahun selepas selesai menjalani hukuman penjara. - SABAH MEDIA


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2025 02:58 PM GMT+8 , Processed in 0.039641 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list