CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30|Reply: 0

Usah resah anak tak mahu makan

[Copy link]
Post time 20-5-2025 06:40 PM | Show all posts |Read mode


Masalah anak tidak mahu makan antara isu kerap kali dihadapi ibu bapa sehinggakan membuatkan mereka resah.


Terdapat pelbagai punca menyebabkan anak-anak tidak mahu makan dan ibu bapa perlu memahami supaya dapat menangani isu itu.


Antara penyebab utama ialah anak bersikap memilih atau cerewet dalam pilihan makanan diambil.


Bayi dilahirkan dengan kecenderungan lebih menyukai rasa manis dan mudah tertarik kepada susu ibu.


Justeru, permulaan untuk memperkenalkan makanan dengan rasa savuri atau selain manis berdepan detik sukar terutama di awal pengenalan makanan pejal.


Kanak-kanak pula belajar makan dengan meniru ibu bapa dan adik-beradik mereka.


Jika ahli keluarga bersikap memilih makanan, anak kecil yang membesar dalam persekitaran itu berkemungkinan meniru tingkah laku yang sama.


Selain selektif, kanak-kanak juga sebahagiannya bersikap lebih sensitif terhadap makanan atau memiliki neohobia.


Ketika fasa bayi menginjak usia dua tahun, mereka enggan makan berbanding kanak-kanak lain yang kurang sensitif.


Ibu bapa memerlukan kesabaran dan ketekunan untuk membantu anak-anak mengatasi masalah terbabit.


Selain itu, ada juga berpunca daripada perkara lain menyebabkan anak enggan makan seperti masalah kurang selera makan dan teruja melakukan perkara lain sehingga mereka tidak berminat untuk makan.




Ibu bapa boleh mengambil inisiatif dalam merangsang keinginan anak makan dalam pelbagai cara. Antaranya:


1. Tarik perhatian anak seawal proses penyediaan makanan.


Ibu bapa boleh ajak anak memasak atau menyediakan hidangan bersama.


Itu akan membantu anak teruja anda dengan hidangan disediakan sendiri oleh mereka.


2. Kanak-kanak menyukai sesuatu yang berwarna-warni


Ibu bapa boleh lakukan aktiviti menyediakan makanan menggunakan pelbagai kaedah.


Membentuk atau menyediakan hidangan menggunakan pelbagai sayur-sayuran beraneka warna.


Lakukan juga mengikut tema dan motif disukai kanak-kanak.


3. Sertakan anak dalam perancangan menu makanan


Anak boleh merasai pengalaman dalam mengatur sajian atau menu.


Ibu bapa boleh mengetahui kecenderungan dan merangka strategi menu kesukaan anak masing-masing. - HARIAN METRO


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2025 12:20 AM GMT+8 , Processed in 0.043893 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list