CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14|Reply: 0

[Sabah] Slogan bawa mesej, membangun Sabah ikut acuan lokal: Yazid

[Copy link]
Post time 19-5-2025 07:52 AM | Show all posts |Read mode

YAZID MOHD HASNAN TAWIK


KENINGAU: Ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) Keningau Station, Haji Yazid Haji Mohd Hasnan Tawik Mansai @ Charles menyifatkan kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tentang slogan 'Sabah untuk Sabahan', telah 'menyentuh' emosi ramai rakyat Sabah.

Yazid memberitahu, slogan itu sebenarnya merujuk kepada harapan rakyat tempatan untuk Sabah dan bukan sebaliknya seperti yang didakwa sesetengah pihak kononnya mahu keluar daripada Malaysia, sedangkan Sabah selama ini kekal setia dalam sebuah negara.

" 'Sabah untuk Sabahan' bukan sekadar slogan – ia adalah jeritan hati, harapan rakyat dan simbol maruah sebuah wilayah yang selama ini setia dalam Persekutuan Malaysia.

"Namun, kata-kata sinis Ahmad Zahid terhadap slogan itu baru-baru ini telah 'menyentuh' emosi ramai rakyat Sabah.

"Kami di Sabah tidak pernah minta lebih. Kami cuma minta difahami. Bila pemimpin pusat bercakap ikut emosi, tanpa menyelami maksud di sebalik suara kami, luka itu dalam – sangat dalam,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagi Yazid, kenyataan Zahid bukan sahaja telah mengguris hati tetapi memperlihatkan ketidakpekaan seorang pemimpin tinggi negara terhadap realiti hidup rakyat Sabah – yang masih bergelut dengan isu kemiskinan, sekolah daif, jalan berlubang, air yang tercatu dan bekalan elektrik yang tidak menentu.

"Slogan ini adalah isyarat. Ia membawa maksud – tolong dengar kami. Tolong beri peluang untuk kami jaga negeri sendiri, kerana kami tahu apa yang terbaik untuk rakyat kami,” katanya.

Beliau turut menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap kenyataan Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan yang lantang mempertahankan semangat rakyat Sabah dan memperjuangkan autonomi dalam pentadbiran negeri.

Justeru, Yazid menyeru agar Kerajaan Persekutuan menghormati urus tadbir Kerajaan Negeri Sabah yang kini diterajui Gabungan Rakyat Sabah (GRS), yang telah mula membawa perubahan positif melalui dasar Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

"Walaupun baru sepenggal, GRS sudah mula menyantuni keperluan rakyat. Jangan ganggu –bantu kami. Sabah juga wilayah Malaysia dan rakyat kami warganegara Malaysia,” katanya.

Tambahan itu, Yazid mempelawa seluruh rakyat Sabah untuk terus bersatu dan menyampaikan mesej secara berhemah, namun bertegas supaya suara akar umbi didengari dengan hati yang terbuka.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2025 01:45 PM GMT+8 , Processed in 0.037534 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list