CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pulau Pinang catat kadar tertinggi diabetes, tekanan darah tinggi

[Copy link]
Post time 17-5-2025 06:47 PM | Show all posts |Read mode
Pulau Pinang catat kadar tertinggi diabetes, tekanan darah tinggi

MOHD ISKANDAR OTHMAN
17 Mei 2025 05:40pm




Kon Yeow (tujuh dari kiri) bersama tetamu jemputan selepas merasmikan Karnival Kesihatan One Hope Charity & Welfare di Butterworth Arena, pada Sabtu.



BUTTERWORTH - Kerajaan negeri Pulau Pinang melahirkan kebimbangan apabila negeri itu mencatatkan kadar tertinggi dalam beberapa penyakit kronik utama, sekali gus menjejaskan imej 'Penang Leads' yang selama ini sinonim dengan kejayaan pembangunan.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, walaupun Pulau Pinang bercita-cita menjadi negeri contoh, ia tidak seharusnya menjadi peneraju dalam statistik penyakit seperti diabetes, tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggi.


"Saya sering mempromosikan konsep ‘Penang Leads’, tetapi saya sama sekali tidak bermaksud kita harus mendahului dalam statistik kesihatan yang membimbangkan ini,"katanya ketika berucap ketika pelancaran Karnival Kesihatan One Hope Charity 2025 di Butterworth Arena, di sini, pada Sabtu.

Hadir sama, Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong, Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng dan Pengerusi One Hope Charity & Welfare, Datuk Chua Sui Hau.

Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023, kadar penghidap diabetes di Pulau Pinang ialah 18.4 peratus, lebih tinggi berbanding purata kebangsaan iaitu 15.5 peratus.

Tekanan darah tinggi pula dicatatkan pada kadar 31.3 peratus (purata negara 29.2 peratus) manakala kadar kolesterol tinggi mencecah 34 peratus (berbanding 33.3 peratus).

Mengulas mengenai perkara itu, Kon Yeow menyifatkan angka ini sebagai membimbangkan dan menyeru rakyat negeri itu supaya lebih prihatin terhadap kesihatan masing-masing dengan mengamalkan gaya hidup sihat.

]Karnival Kesihatan anjuran One Hope Charity & Welfare yang memasuki tahun ke-23 penganjuran berlangsung selama dua hari dengan menampilkan lebih 250 gerai pameran dan menawarkan lebih 30 jenis pemeriksaan kesihatan percuma oleh pakar perubatan bertauliah.


Ia termasuk ujian darah (termasuk kanser marker), ultrasound hati dan prostat, pemeriksaan mata, pergigian, ujian ketumpatan tulang, kesihatan mental, ekokardiogram IJN, mamogram dan pap smear, terapi fizikal dan perubatan tradisional Cina.


https://www.sinarharian.com.my/article/729013/edisi/utara/pulau-pinang-catat-kadar-tertinggi-diabetes-tekanan-darah-tinggi




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2025 05:45 PM GMT+8 , Processed in 0.045112 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list