CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 177|Reply: 0

Dagu runcing cara alami

[Copy link]
Post time 16-5-2025 08:52 PM | Show all posts |Read mode


Mempunyai bentuk muka yang runcing tanpa dagu berlapis secara semula jadi sangat diidam-idamkan bagi wanita sekarang kerana membuatkan mereka kelihatan semakin muda dan cantik.


Namun, ada yang sanggup menghabiskan wang semata-mata untuk melakukan perawatan kecantikan itu yang mana sebenarnya boleh dilakukan secara alami di rumah, selain menggunakan teknik solekan.


Selain itu, ada segelintir yang memilih untuk melakukan pembedahan plastik atau menggunakan kaedah sedut lemak untuk mendapatkan bentuk muka yang diinginkan.


Berikut beberapa panduan yang boleh diterapkan untuk mendapatkan dagu yang runcing secara mudah di rumah.




Kunyah gula-gula getah


Mengunyah gula-gula getah berulang kali dapat membantu kita mendapatkan bentuk muka yang diidamkan kerana melatih otot muka dan dagu anda dalam gerakan berulang serta mengelakkan lemak tambahan.


Teknik senaman wajah paling mudah itu juga boleh menaikkan dagu dan menguatkan otot rahang yang mana boleh dilakukan di mana-mana dan pada bila-bila masa.


Guna ketulan ais


Letakkan ais dalam sehelai kain kemudian tekapkan ketulan ais di bawah dagu. Gerakan dari belakang ke hadapan dagu sebanyak 20 hingga 30 kali setiap pagi untuk menegangkan kulit dan mengurangkan lemak di bahagian itu.




Dongak kepala


Selain itu, mendongakkan kepala ke atas selama 15 saat selepas bangun daripada tidur juga boleh membantu dalam mendapatkan muka yang runcing tanpa dagu berlapis secara alami dan mudah.


Sebaiknya, ulang sebanyak 10 kali dan senaman itu perlu dilakukan secara konsisten setiap hari untuk kesan yang cepat dan efektif.


Senaman sebutan 'oo-ee'


Teknik lain yang paling mudah adalah senaman yang memerlukan membuat bunyi 'oo-ee' selama satu hingga tiga minit dengan pergerakan muka yang berlebihan. Membuat bunyi ini membantu menyasarkan otot di antara bibir atas dan hidung serta bibir.




Urutan yoga menggunakan 'face oil'


Gunakan 'face oil' untuk urutan lebih mudah dan mulakan dari hujung leher membawa ke dagu hingga rahang. Ketika mengurut bahagian bawah dagu yang berlemak, arahkan urutan ke luar dengan gerakan satu arah.


Urutan yoga juga boleh dilakukan dengan memandang ke atas dan letakkan tangan di dagu. Menggunakan kedua-dua ibu jari untuk urutan dari atas ke bawah dagu juga dikatakan turut berkesan bagi membantu menghilangkan dagu berlapis dan sebaiknya dilakukan setiap pagi dan malam.


Urutan 'gua sha'


Urutan 'gua sha' adalah teknik penjagaan wajah tradisional dari China menggunakan batu jed dengan menggerakkan ke atas dan ke luar di bahagian rahang serta pipi yang dapat membantu meningkatkan peredaran darah dan limfa.


Kesan urutan itu dikatakan membantu muka runcing, wajah yang lebih segar dan tegang walaupun bersifat sementara, di samping memberi kelegaan, mengurangkan tekanan serta sakit leher.


Tidur tanpa bantal


Tidak tidur bantal tinggi dapat membantu mengurangkan dagu berlapis.


Jaga pemakanan


Pemakanan sentiasa menjadi penyebab yang membentuk dagu berlapis. Pengambilan garam secara berlebihan boleh menyebabkan muka kelihatan bengkak atau sembab kerana sifat garam menyimpan air.


Banyakkan minum air putih dan makan sayur atau buah kerana kedua-duanya adalah sumber kaya fiber yang membantu perut kenyang lebih lama, sekali gus merangsang pembakaran lemak secara alami.






This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2025 09:37 AM GMT+8 , Processed in 0.040474 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list