CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27|Reply: 0

[Pulau Pinang] Isu kebersihan: Sebuah restoran nasi kandar di Butterworth diarah tutup

[Copy link]
Post time 16-5-2025 10:31 AM | Show all posts |Read mode
Isu kebersihan: Sebuah restoran nasi kandar di Butterworth diarah tutup



Nur Izzati Mohamad - Mei 16, 2025 @ 8:33am




Keadaan di restoran nasi kandar yang diarahkan tutup. - Foto FB MBSP



BUTTERWORTH: Sebuah restoran nasi kandar di sini, yang beroperasi dalam persekitaran kebersihan membimbangkan diarah tutup serta-merta dalam Op Bersepadu yang dijalankan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), semalam.

MBSP dalam kenyataan di Facebook (FB) berkata, operasi itu diketuai oleh Jabatan Perkhidmatan Kesihatan MBSP, dengan kerjasama Direktorat Penguatkuasaan MBSP dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Seberang Perai Utara.

"Antara tindakan diambil ialah penutupan premis serta-merta di bawah Akta Makanan 1983, yang dikeluarkan oleh PKD Seberang Perai Utara selepas mendapati tahap kebersihan premis berada di tahap membimbangkan.

"Dalam pada itu, sebanyak empat kompaun berjumlah RM4,000 serta dua notis atas kesalahan meletakkan halangan di tempat awam dan kegagalan mengemukakan visa pekerja asing yang sah turut dikeluarkan kepada pemilik restoran berkenaan," katanya.

Tegasnya, operasi itu mencerminkan komitmen penuh pihak berkuasa dalam memastikan kebersihan, keselamatan dan pematuhan undang-undang di premis makanan berada pada tahap yang tertinggi.

"Selain itu, semua pengusaha premis makanan diminta supaya sentiasa mematuhi undang-undang berkaitan dan memastikan premis sentiasa bersih, selamat dan mematuhi standard yang ditetapkan demi kesejahteraan masyarakat," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2025/05/1396494/isu-kebersihan-sebuah-restoran-nasi-kandar-di-butterworth-diarah






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2025 10:26 PM GMT+8 , Processed in 0.054969 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list