CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23|Reply: 0

[Pulau Pinang] MATTA Fair Pulau Pinang 2025 perkenal Domestic Section

[Copy link]
Post time 15-5-2025 04:55 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 15-5-2025 04:56 PM

MATTA Fair Pulau Pinang 2025 perkenal Domestic Section

SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
15 Mei 2025 03:59pm





MATTA Fair Pulau Pinang 2025 akan diadakan pada 24 Mei ini selama dua hari.



GEORGE TOWN – Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA Fair) Pulau Pinang 2025 bakal mencipta kelainan apabila buat julung kalinya memperkenalkan seksyen khas baharu iaitu Domestic Section yang menampilkan pelbagai produk dan pakej pelancongan tempatan terbaik dari seluruh negara.

Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang, Wong Hon Wai berkata, langkah tersebut membuktikan komitmen penganjur dalam memperkukuh industri pelancongan domestik.


“Sebanyak dua pertiga ruang Concourse akan diperuntukkan bagi Domestic Section ini yang akan menampilkan pelbagai tarikan termasuk pengembaraan eko di Sarawak, pengalaman kulinari di Johor, percutian keluarga di Terengganu serta lawatan warisan di Pulau Pinang.

“Inilah peluang untuk rakyat melihat sendiri kekayaan dan keunikan yang ditawarkan dalam negara kita,” katanya dalam sidang akhbar sempena MATTA Fair Pulau Pinang 2025 di sini, pada Khamis.


Menurut beliau, penaja Platinum MATTA, RHB, telah meletakkan MATTA Fair Pulau Pinang sebagai acara kedua terpenting selepas edisi utama di MITEC, Kuala Lumpur, sekali gus mengiktiraf Pulau Pinang sebagai hab pelancongan yang semakin berkembang.


“Malaysia Aviation Group (MAG) yang merangkumi Malaysia Airlines, Firefly dan Amal akan terus memainkan peranan penting dalam menjadikan Pulau Pinang sebagai pintu masuk kedua utama negara.

“MATTA Fair Pulau Pinang 2025 bukan sekadar pameran pelancongan, malah ia adalah perayaan pengalaman – tempat di mana impian bermula dan destinasi ditemui,” katanya.

Sementara itu, Presiden MATTA, Nigel Wong, berkata pihaknya menyasarkan jumlah jualan sebanyak RM78 juta dengan jangkaan kehadiran seramai 45,000 pengunjung bagi edisi tahun ini.





Hon Wai (tengah) dan Nigel Wong (kiri) mengadakan sidang media berkenaan MATTA Fair Pulau Pinang 2025 pada Khamis.



“Tahun lalu, kita berjaya mencatat jualan RM35 juta dengan kehadiran 40,000 pengunjung. Selain lebih 270 ruang pameran, kami juga menyediakan hadiah menarik melalui cabutan bertuah harian serta hadiah utama.

“MATTA Fair Pulau Pinang 2025 akan berlangsung di Aras 3, Concourse, Spice Arena selama dua hari bermula 24 Mei ini.

“Kali ini, tumpuan utama adalah kepada sektor pelancongan domestik sebagai langkah menggalakkan rakyat Malaysia dan pelancong asing meneroka keindahan destinasi tempatan,” ujarnya.

Beliau turut memaklumkan bahawa laluan pergerakan pengunjung akan disusun secara sehala bermula dari Pintu Masuk Utama di Aras 3 bagi memastikan kelancaran dan keselamatan pameran.

https://www.sinarharian.com.my/article/728606/edisi/utara/matta-fair-pulau-pinang-2025-perkenal-domestic-section


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2025 04:05 PM GMT+8 , Processed in 0.043292 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list