CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 112|Reply: 0

HONOR 400 Series: AI pertama bersama Google hidupkan gambar

[Copy link]
Post time 14-5-2025 11:55 AM | Show all posts |Read mode


HONOR sekali lagi mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju inovasi dengan pelancaran HONOR 400 Series, dengan memperkenalkan teknologi AI yang belum pernah dilihat pada telefon pintar lain: keupayaan menjana video daripada gambar hanya dengan satu klik.


Melalui kerjasama strategik bersama Google Cloud, HONOR membuka era baharu AI dalam peranti kelas pertengahan, membawa kecanggihan teknologi yang selama ini hanya wujud dalam perisian profesional, kini terus ke tapak tangan pengguna.


Jika jenama lain masih berusaha memperhalusi fungsi suntingan gambar, HONOR melangkah lebih jauh dengan membolehkan pengguna menghasilkan video lengkap terus daripada gambar statik.


Inilah revolusi sebenar – AI Multiple ScenarioImage-to-Video, sebuah ciri baharu yang menjadikan HONOR 400 Series sebagai telefon pintar pertama di dunia yang mampu melakukan perkara ini.




Menghidupkan kenangan, membina kembali detik berharga


Teknologi AI ini membuka ruang baharu dalam cara kita menyimpan dan menghayati memori. Bayangkan gambar lama nenek pada era 50-an - kini boleh dihidupkan semula, dengan nenek berpaling dan tersenyum dalam video. Ia bukan sekadar nostalgia, tetapi satu pengalaman emosi yang menghubungkan generasi.


Bukan itu sahaja. Lukisan anak anda kini boleh ‘jadi hidup’ bila seekor naga krayon mampu terbang dalam video. Rakam gambar pertama bayi tersenyum dan AI boleh menukarnya menjadi video tawa yang berulang. Malah dari hari penuh bersejarah seperti perkahwinan, hari graduasi hingga ulang tahun perkahwinan, HONOR 400 Series membolehkan gambar indah ditukar menjadi video pendek yang bermakna.


Tak terhenti di situ saja, bagi pencinta seni, proses daripada lakaran ke animasi kini lebih mudah dengan teknologi ini. Tidak perlu lagi perisian rumit kerana semua boleh dilakukan dalam satu peranti.




Bukan itu sahaja. Lukisan anak anda kini boleh ‘jadi hidup’ bila seekor naga krayon mampu terbang dalam video.


Rakam gambar pertama bayi tersenyum dan AI boleh menukarnya menjadi video tawa yang berulang. Malah dari hari penuh bersejarah seperti perkahwinan, hari graduasi hingga ulang tahun perkahwinan, HONOR 400 Series membolehkan gambar indah ditukar menjadi video pendek yang bermakna.


Fungsi AI lengkap untuk pengalaman suntingan menyeluruh


Selain keupayaan menjana video, HONOR 400 Series turut dilengkapi pelbagai fungsi AI lain:




Malaysia dipilih sebagai pasaran pelancaran global


HONOR memilih Malaysia sebagai pasaran pelancaran global pertama untuk HONOR 400 Series, satu langkah strategik yang menunjukkan betapa pentingnya pasaran Malaysia di mata jenama ini, khususnya dalam rantau Asia Pasifik Selatan.


Pelancaran ini bukan sekadar memperkenalkan produk baharu, tetapi mencerminkan visi HONOR untuk menjadikan telefon pintar lebih daripada sekadar alat komunikasi. Tapi sebaliknya rakan pintar yang membantu merakam, menyunting dan menghidupkan semula detik bermakna dalam kehidupan.


HONOR 400 Series bakal mengubah cara kita melihat potensi AI dalam kehidupan seharian. Bersiaplah untuk satu era baharu telefon pintar yang menggabungkan kreativiti, teknologi dan emosi dalam satu pengalaman holistik.


Nantikan pelancarannya tidak lama lagi – satu inovasi yang bakal mendefinisikan semula dunia fotografi dan videografi mudah alih. - SINAR HARIAN


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2025 03:27 PM GMT+8 , Processed in 0.076922 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list