CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 39|Reply: 0

[Pulau Pinang] Guru rugi RM511,000 diperdaya sindiket pelaburan saham tidak wujud

[Copy link]
Post time 12-5-2025 12:31 AM | Show all posts |Read mode
Guru rugi RM511,000 diperdaya sindiket pelaburan saham tidak wujud

Oleh Nur Izzati Mohamad - Mei 11, 2025 @ 10:31pm




Foto hiasan



NIBONG TEBAL: Seorang guru lelaki kerugian RM511,000 selepas diperdaya sindiket pelaburan saham dalam talian yang menjanjikan keuntungan berlipat kali ganda.

Kejadian bermula sejak awal Februari lalu apabila mangsa berusia 47 tahun dari Seberang Perai Selatan melihat iklan pelaburan berkonsepkan jual beli saham melalui aplikasi Facebook (FB).

Ketua Polis negeri, Datuk Hamzah Ahmad, berkata mangsa yang berminat dengan iklan itu berhubung dengan suspek melalui aplikasi WhatsApp sebelum dia dimasukkan ke dalam kumpulan pelaburan bernama 'Destiny On Your Hand'.

"Dalam kumpulan itu, pelaburan yang ditawarkan diterangkan secara terperinci sehingga mangsa tertarik untuk melabur, apatah lagi ia menjanjikan pulangan tinggi daripada wang modal dilaburkan meskipun dalam tempoh singkat.

"Mangsa kemudian diminta untuk memuat turun satu aplikasi pautan yang diberikan untuk mendaftar sebagai ahli dan boleh membuat pelaburan.

"Dia melabur dengan membuat 12 transaksi kemasukan wang ke dalam tiga akaun bank berbeza sehingga berjumlah RM511,000," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa menyedari diperdaya apabila tidak dapat mengeluarkan wang modal dan keuntungan melalui pautan yang diberikan.

"Mangsa tampil membuat laporan polis semalam bagi membolehkan siasatan dijalankan. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/05/1394866/guru-rugi-rm511000-diperdaya-sindiket-pelaburan-saham-tidak-wujud





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2025 04:42 AM GMT+8 , Processed in 0.032234 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list