CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 100|Reply: 1

[Negeri Sembilan] PR1MA akan siapkan semua projek sakit sebelum akhir tahun ini

[Copy link]
Post time 10-5-2025 07:39 AM | Show all posts |Read mode


Nga Kor Ming (tengah) ketika membuat lawatan di Residensi Bandar Ekar pada Majlis Penyerahan Kunci Residensi Bandar Ekar,Rantau. FOTO AZRUL EDHAM

Rembau: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasarkan tiada lagi projek sakit Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) menjelang tahun hadapan.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, setakat ini PR1MA sudah menyiapkan 31 projek sakit dan bakal menyiapkan baki tiga lagi iaitu Residensi Klebang dan Bukit Katil di Melaka serta Residensi Simpang Empat 2 di Kedah, menjelang akhir tahun ini.

"Sehingga April lalu, PR1MA sudah menyiapkan 31 projek sakit dan hanya berbaki tiga projek lagi yang akan disiapkan menjelang akhir tahun ini.

"PRIMA kini giat melaksanakan program membabitkan kerja penambahbaikan (P&P) seperti landskap, padang bola dan surau sebagai nilai tambah bagi mewujudkan persekitaran lebih kondusif," katanya kepada media, di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Residensi Bandar Ekar Rantau, di sini.

Projek Residensi Bandar Ekar yang mempunyai nilai pembangunan kasar (GDV) RM172 juta membabitkan pembinaan 766 unit kediaman teres satu setengah dan dua tingkat, dimulakan pada 1 Februari 2017 oleh kontraktor asal dan dijadualkan siap pada 31 Mei 2020.

Bagaimanapun, disebabkan pelbagai kekangan, ia tidak dapat disiapkan.

Kor Ming berkata, majlis penyerahan kunci ini adalah detik bermakna, bukan hanya menandakan penyiapan projek, malah menandakan permulaan baharu bagi ratusan pembeli rumah yang bakal memulakan kehidupan di kediaman sendiri.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2025 11:07 AM | Show all posts
Menteri yang betul buat kerja tak buang masa. Satu penggal cukup untuk settle banyak benda.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2025 04:49 AM GMT+8 , Processed in 0.035047 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list