CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 97|Reply: 0

[Sarawak] Datuk dan cucu maut dilanggar lori ketika keluar dari simpang

[Copy link]
Post time 6-5-2025 02:59 PM | Show all posts |Read mode


SIBU: Seorang lelaki warga emas dan cucunya maut dalam kemalangan melibatkan sebuah lori dan motosikal di Jalan Salim dekat simpang Rumah Birai, di sini pagi ini.

Mangsa yang berusia 80 tahun dan cucunya yang berusia enam tahun mengalami kecederaan parah dalam insiden kira-kira jam 11.20 pagi itu.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata, siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggang mangsa keluar dari simpang Rumah Birai lalu bertembung dengan lori yang datang dari arah Sibu Jaya.

“Pemandu lori dipercayai gagal mengelak lalu melanggar motosikal mangsa,” katanya dalam kenyataan media.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala manakala cucunya menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan lanjut di Hospital Sibu.

Kemalangan itu turut menyebabkan motosikal mangsa rosak teruk dan lori terbabit mengalami kerosakan di bahagian hadapan kanan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2025 04:54 AM GMT+8 , Processed in 0.034087 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list