CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 133|Reply: 2

Kucing indoor pun boleh dijangkiti kutu... Ini punca-punca, cara penyelesaian tuan bulus perlu tahu

[Copy link]
Post time 6-5-2025 09:57 AM | Show all posts |Read mode


RAMAI individu beranggapan bahawa kucing yang dibela sepenuhnya di dalam rumah (indoor) bebas daripada ancaman kutu.


Namun, realitinya kucing 'indoor' juga tidak terkecuali daripada terkena jangkitan kutu.


Walaupun risikonya mungkin lebih rendah berbanding kucing jalanan atau yang dibiarkan bebas, ia tetap wujud dan boleh menjejaskan kesihatan serta keselesaan si bulus.




Berikut antara punca si bulus anda dijangkiti kutu meskipun hanya berada di dalam rumah:


1. 'Menumpang' pada pemilik atau orang lain


Apabila seseorang masuk ke rumah selepas berada di luar, kutu mungkin 'menumpang' pada pakaian atau barangan yang dibawa bersama.


2. Haiwan peliharaan lain


Anjing atau haiwan peliharaan lain yang keluar masuk rumah, boleh menjadi pembawa kutu. Begitu juga jika terdapat tikus, burung atau haiwan liar lain yang sesekali memasuki kediaman, juga boleh menjadi punca jangkitan kutu.




3. Klinik haiwan atau hotel kucing


Tempat-tempat ini boleh menjadi titik pendedahan kepada kutu, terutamanya jika terdapat kucing lain yang dijangkiti.


Dan, tahukah anda kutu kucing sangat cepat membiak? Seekor kutu kucing saja boleh menghasilkan berpuluh telur kutu setiap hari!


Oleh itu sebagai pemilik kucing, anda perlu bertindak segera menghapuskan kutu pada si bulus.


Berikut merupakan 5 tip menghapuskan kutu kucing:




1. Mandikan kucing dengan syampu kutu


2. Sapukan ubat kutu pada si bulus


3. Gunakan sikat kutu untuk membuang kutu pada bulu kucing




4. Asingkan si bulus yang dijangkiti kutu dengan kucing-kucing lain


5. Bersihkan karpet atau 'playground' kucing menggunakan vakum - mStar


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2025 12:31 PM | Show all posts
Edited by intan_smsb at 7-5-2025 12:36 PM

kucing ni baru ambil dan jaga
memang ada kutu
rajin juga selak2 cari kutu die
ade la 2-3
semalam selak2 jmpa lagi 2 ketul
da la seketul tu melompat
frustnye x dpt bunuh
tadi da call vet nk beli ubt kutu revolution plus
tapi habis plak
20/5 ni nk kne letak ubt kutu tu sbb 20/4 bru amk lg tp brand lain kt vet jg tp vet yg lain

cc: @tari @wryanlooney

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2025 12:36 PM | Show all posts
@wryanlooney knpe tableh tag
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Hobi & Koleksi


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2025 05:47 PM GMT+8 , Processed in 0.052883 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list