Edited by tatod at 6-5-2025 12:03 AM
AKTIVITI mendaki, berkhemah atau masuk hutan sememangnya menyeronokkan.
Namun ada satu ‘penumpang gelap’ yang selalu menjadi mimpi ngeri ramai, iaitu pacat.
Walaupun kecil dan tidak berbisa, gigitan pacat boleh menyebabkan pendarahan, kegatalan, malah trauma bagi sesetengah orang.
Jadi, bagaimana caranya untuk elak tubuh badan daripada menjadi ‘hidangan’ pacat?
Berikut beberapa tip mudah dan berkesan untuk mengelakkan gigitan pacat, sebagaimana perkongsian akaun TikTok @smtouring:
1. Sebelum masuk hutan, sebaiknya sapu sabun Dettol atau minyak kayu putih pada kulit, dan biarkan kering.
2. Rendam kaki dalam air tembakau sebelum masuk hutan.
3. Pakai stoking tebal, seeloknya stoking daripada kain kapas.
4. Boleh juga cuba sapukan losyen pada badan.
5. Sembur insect repellent pada kasut. - mStar
|