View: 552|Reply: 5
|
Mengapa filem Indonesia cukup dikenali di Malaysia, sedangkan filem Malaysia masih kurang dikenali di Indonesia?
[Copy link]
|
|
Iols lepas tengok podcast topik ni... Topik ni sebenarnya telah beberapa kali dibincangkan dalam podcast oleh para pembikin filem Malaysia... Namun melalui tulisan ini, Iols ingin berkongsi pandangan peribadi Iols berkenaan isu ini, dari sudut seorang penonton biasa... Sila jika nanti ade yang nak berkongsi pandangan pasal benda ni juga...
Antara persoalan yang sering timbul adalah: apabila sebuah filem Malaysia meraih kejayaan besar di negara sendiri, mengapa sambutannya di Indonesia agak dingin?... Adakah ini disebabkan oleh mutu filem yang dianggap kurang memuaskan?... Adakah wujud perlindungan industri filem Indonesia terhadap filem luar?... Adakah strategi promosi filem Malaysia di Indonesia masih belum berkesan?... Atau mungkinkah terdapat faktor-faktor lain yang lebih kompleks?...
Daripada pemerhatian dan pandangan peribadi Iols, terdapat beberapa kemungkinan sebab yang boleh dipertimbangkan, antaranya:
- Sokongan kerajaan terhadap industri filem tempatan yang berbeza antara kedua-dua negara...
- Kualiti produksi, dari segi teknikal mahupun kekuatan naratif...
- Literasi filem lokal masing masing negara...
- Perbezaan selera, yang menyebabkan sesebuah filem mungkin berjaya di satu negara tetapi tidak semestinya di negara lain...
- Strategi promosi dan pengedaran merentas negara, yang memainkan peranan penting dalam memperkenalkan filem ke pasaran luar...
Disclaimer:
Ingin Iols tegaskan bahawa Iols bukanlah individu dari industri filem... dan segala pandangan yang dikongsikan ini adalah pandangan peribadi sebagai penonton semata-mata... Iols tidak mewakili mana-mana institusi, komuniti, atau negara...
Sekiranya terdapat sebarang kesilapan, ketidaktepatan, atau perkara yang menyinggung mana-mana pihak dalam penulisan ini, Iols dengan rendah hati memohon maaf... Tujuan utama tulisan ini hanyalah untuk membuka ruang perbincangan yang sihat dan saling menghormati, bukan untuk menjatuhkan mana-mana pihak...
Semoga perkongsian ini dapat memberikan sedikit sudut pandang baharu, dan saya amat berharap agar industri perfileman Indonesia dan Malaysia dapat terus maju dan menginspirasi antara satu sama lain...
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by amandel at 4-5-2025 08:06 PM
Sokongan kerajaan terhadap industri filem tempatan yang berbeza antara kedua-dua negara...
Ade perbezaan sokongan dari kerajaan terhadap industri tempatan masing masing negara... Dari yang Iols baca, Filem tempatan Malaysia mendapatkan sokongan Skim Wajib Tayang...
Skim Wajib Tayang adalah kebijakan di Malaysia yang mengharuskan pawagam untuk memutarkan filem-filem Malaysia dalam jumlah tertentu setiap tahun... Peraturan ini bertujuan untuk memberikan lebih banyak peluang bagi filem tempatan untuk diputar di pawagam dan menyokong industri perfileman domestik...
Namun, ada pandangan yang beragam tentang kesan kebijakan ini terhadap bioskop, baik positif mahupun negatif... Beberapa hujah yang menyokong kebijakan ini ialah:
- Sokongan terhadap industri tempatan: Skim ini dapat meningkatkan jumlah produksi filem Malaysia dan menyokong sineas tempatan untuk mendapatkan platform untuk menampilkan karya mereka...
- Memperkenalkan keberagaman: Dengan lebih banyak filem Malaysia yang ditayangkan, penonton dapat menikmati genre dan perspektif yang berbeza dalam filem industri...
Secara keseluruhan, kebijakan ini mempunyai tujuan positif untuk meningkatkan industri filem tempatan, tetapi kesannya terhadap pawagam Malaysia boleh beragam, bergantung pada bagaimana filem tempatan diterima oleh penonton dan bagaimana bioskop mengatur jadual tayangannya...
Skim Wajib Tayang di Malaysia diatur oleh Peraturan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)... Skim ini bertujuan memastikan filem tempatan atau usahasama ditayangkan wajib di dewan wayang gambar oleh pemamer...
Aturan Utama Skim Wajib Tayang...
- Durasi Penayangan: Filem yang diluluskan harus ditayangkan selama 14 hari berturut-turut di dewan wayang gambar yang terbesar...
- Penyesuaian Lokasi Penayangan: Jika jumlah penonton kurang daripada 30% daripada kapasiti tempat duduk selepas 4 hari pertama, penayangan boleh dipindahkan ke dewan wayang gambar yang lebih kecil...
- Kriteria Filem yang Layak: Filem yang layak dimasukkan dalam skim ini termasuk filem tempatan dan filem usahasama yang memenuhi syarat tertentu...
- Proses Permohonan: Proses permohonan melibatkan pengisian borang dan penyediaan dokumen sokongan seperti pengeluaran filem, sijil penggambaran, dan salinan filem untuk penilaian...
Filem tempatan Malaysia yang meletop dekat Malaysia biasanya terdaftar dalam skim wajib tayang... Mungkin muncul pertanyaan, Adakah filem Malaysia masih akan berjaya di pawagam jika tidak menggunakan skim wajib tayangan?... Atau adakah bilangan kutipan atau bilangan penonton adalah sama jika mereka tidak menggunakan skim wajib tayang?... Sebab Masa filem malaysia tayang dekat Indonesia, filem Malaysia tidak akan mendapat Skim wajib tayang...
Di Indonesia, tiada polisi rasmi seperti Skim Wajib Tayang seperti yang dilaksanakan di Malaysia... Di Indonesia, Skim Wajib Tayang tidak ada, baik untuk filem tempatan Indonesia mahupun untuk filem luar... Tayangan filem sangat bergantung pada keputusan komersial pawagam dan penerimaan pasaran... Filem tempatan Indonesia boleh mengalami penurunan jumlah tayangan walaupun selepas hari pertama tayangan jika jumlah penonton kurang baik...
Kelebihan kualiti filem tanpa Skip Wajib Tayangan:
1. Secara semula jadi ditapis oleh pasaran...
- Memandangkan tiada tayangan wajib, hanya filem yang benar-benar mantap dari segi cerita, produksi, pemasaran dan daya tarikan penonton boleh bertahan dan berjaya di pawagam...
- Pemilihan pasaran ini menggalakkan persaingan sihat dan inovasi dalam pembikinan filem...
2. Fokus pada kualiti dan komersial dari awal...
- Pembikin filem sedar bahawa tanpa perlindungan khas, mereka mesti membuat filem berkualiti baik untuk bersaing di pawagam...
3. Menyesuaikan diri dengan citarasa global...
- Kerana mereka perlu bersaing secara terbuka, pembuat filem lebih responsif kepada trend pasaran global...
4. Peluang lebih besar untuk eksport filem...
- Filem yang berjaya secara organik lebih berkemungkinan diterima di luar negara, kerana ia telah pun diuji dalam pasaran yang kompetitif... Negara Thailand juga tidak memiliki Skim Wajib Tayang... Benda ini mungkin juga bisa menjawab mengapa filem Thailand terkenal di Malaysia, sedangkan filem Malaysia masih kurang dikenal di Thailand...
Mungkin Skim Wajib Tayang ini menjadi salah satu sebab mengapa sebuah filem Malaysia meraih kejayaan besar di negara sendiri sedangkan sambutannya di Indonesia agak berbeza... Filem Malaysia yang di tayangkan di Indonesia mungkin memiliki kualitas yang bagus tapi tidak bisa bertahan masa semula ditapis secara organik oleh pasaran Indonesia... Skim Wajib Tayang bukan hanya satu satunya sebab... Iols cuba kongsi sebab lain...
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by amandel at 4-5-2025 10:32 PM
Minim pengetahuan penonton filem Indonesia terhadap filem Malaysia...
Sebab lain mengapa sebuah filem Malaysia meraih kejayaan besar di negara sendiri sedangkan sambutannya di Indonesia agak berbeza ialah sebab orang Indonesia kurang familiar dengan filem tempatan Malaysia... Filem Malaysia jarang diputar di Indonesia dari dahulu, sehingga orang Indonesia kurang familiar dengan Filem Malaysia... Sehingga ketika ada filem Malaysia yang berkualiti bagus belum tentu di tonton oleh orang Indonesia sebab mereka tak tahu jangkaan terhadap filem tersebut... Iols tak nak ketik panjang pasal benda ni... but maybe boleh dianologikan macam filem Mai dari Vietnam...
Filem vietnam bertajuk Mai (2024) karya Trấn Thành telah mencetak rekor sebagai film Vietnam dengan pendapatan tertinggi sepanjang masa, meraih lebih dari 520 miliar đồng (sekitar US$22 juta)... Jika tayang dekat Malaysia maybe ade yang tengok tapi tak meletop... Bukan karana kualiti filem ini tak baik tapi mungkin karana orang Malaysia tidak sebegitu familiar dengan filem Vietnam...
Maybe bukan benda mudah membuat orang Indonesia familiar dengan filem Malaysia... Benda ni perlukan konsistensi kualiti filem tempatan dan masa yang tak sekejap... (Iols rasa filem tempatan sekarang dah berada dekat jalur yang tepat sebab upcoming muvie tempatan tahun ini banyak yang best...)
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by amandel at 4-5-2025 08:01 PM
Diaspora orang Indonesia lebih banyak dari diaspora orang Malaysia di Indonesia...
Perbandingan diaspora Indonesia di Malaysia dengan rakyat Malaysia di Indonesia menunjukkan perbezaan yang agak ketara dari segi bilangan Berikut adalah ringkasan perbandingan:
- Warga Indonesia di Malaysia: Dianggarkan lebih daripada 1.5 juta orang, dan boleh mencecah 3 juta jika termasuk pekerja asing tanpa izin atau tanpa izin...
- Rakyat Malaysia di Indonesia: Jauh lebih sedikit, dianggarkan hanya beberapa ribu, kebanyakannya terdiri daripada ekspatriat, pelajar, atau orang yang berkahwin dengan warganegara Indonesia...
Benda ni Iols rasa juga menjadi salah satu sebab mengapa filem Indonesia cukup dikenali dan ramai penonton di Malaysia dari dahulu, sedangkan filem Malaysia masih kurang dikenali di Indonesia... Iols tak punye data seberapa banayak orang Indonesia yang menonton filem Indonesia di Malaysia... Maybe filem Indonesia yang ramai dekat pawagam Malaysia sebagian besar ditonton oleh diaspora orang Indonesia di Malaysia, ini memberi manfaat kepada kedua-dua negara...
Saya rasa banyak perkara menarik yang boleh diulas semula, Saya sambung lain kali...
|
|
|
|
|
|
|
|
Iols sambung sebab-sebab lain...
Perbezaan selera penonton kedua negara boleh membuat sesebuah filem mungkin berjaya di satu negara tetapi tidak semestinya di negara lain... Terkadang bukan perkara mana mana filem lagi baik, filem dengan genre dan kulaiti filem yang lebih kurang sama boleh dapat penerimaan yang berbeza antara penonton Malaysia dan Indonesia...
Sebagai contoh, filem Mat Kilau (2022) dengan Sultan Agung (2018)... Saya sandingkan kedua filem ini karana genre yang sama dan memiliki kualiti yang sama-sama baik... Bagi yang belum menonton, boleh layan kedua trailer filem ini untuk membandingkan... Kedua dua filem ini punya genre dan production value yang lebih kurang sama, tapi mendapat sambutan yang berbeza dari masing masing negara... Filem Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan berjaya mengaut lebih RM90 juta dalam 33 hari tayangan pawagam dan menjadi filem tempatan dengan kutipan paling tinggi sepanjang masa di Malaysia... Filem Sultan Agung hanya meraih kutipan sekitar Rp. 2.1 bilion / RM540 ribu... Jadi ketika filem Mat Kilau tayang di Indonesia dan tidak mendapat banyak kutipan seperti di Malaysia, bukan karana kualiti filem yang tak baik tapi mungkin karana filem genre ini memang kurang diminati di Indonesia...
Begitu pula dengan filem genre aksi...
Filem kedua sampai keempat filem tempatan Malaysia dengan kutipan tertinggi semua filem aksi... Sedangkan Top 10 filem tempatan Indonesia dengan kutipan tertinggi takde genre filem aksi, Top 20 sampai Top 40 pun takde genre filem aksi... Boleh googling sendiri, terlalu panjang jika Iols letak dekat sini...
Filem The Raid 2: Berandal (2014), filem aksi tempatan indonesia yang memiliki kualiti paling baik sekarang ini ade dekat no 97 filem Indonesia dengan kutipan tempatan tertinggi... Filem The Raid 2 dapat kutipan lagi tinggi sebab tayang secara global... Filem ini sempat masuk box office Indonesia no 2 dan box office no 11 di USA tahun 2014... Filem The Raid 2 tidak tayang di Malaysia sebab kena banned...
Perbezaan minat penonton kedua negara terhadap filem genre aksi mungkin juga membuat filem aksi Malaysia yang meraih kejayaan besar di negara sendiri, tapi mendapat sambutan berbeza masa tayang di pawagam Indonesia...
(Perbezaan minat penonton Indonesia terhadap filem aksi tempatan Indonesia di pawagam dengan di straming platform sikit berbeza... Isu ini akan diketepikan, supaya topik ini tidak meluas...)
|
|
|
|
|
|
|
|
Tidak ada yang tidak mungkin dalam perfileman... Mungkin akan ada lagi filem aksi tempatan Indonesia atau filem aksi dari Malaysia yang boleh berjaya dekat pawagam Indonesia di masa yang akan datang...
Harap benang dapat memberi sikit maklumat mengenai penonton dan pawagam dekat Indonesia... Harap juga benang ini boleh menjawab antara persoalan yang sering timbul... Apabila sebuah filem Malaysia meraih kejayaan besar di negara sendiri, mengapa sambutannya di Indonesia agak berbeza... Bukan karana orang Indonesia tidak ingin menyokong, tapi karana salah satu sebab atau kombinasi dari beberapa sebab-sebab diatas...
Sekali lagi Iols sampaikan sekiranya terdapat sebarang kesilapan, ketidaktepatan, atau perkara kerana pengetahuan yang terhad, Iols dengan rendah hati memohon maaf... Tujuan utama tulisan ini hanyalah untuk membuka ruang perbincangan yang sihat dan saling menghormati, bukan untuk menjatuhkan mana-mana pihak...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|