CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 111|Reply: 0

Ibu bapa perlu peka risiko keselamatan anak di rumah

[Copy link]
Post time 1-5-2025 07:53 PM | Show all posts |Read mode
Edited by tatod at 1-5-2025 07:58 PM



KEBANYAKAN ibu bapa beranggapan rumah sebagai tempat paling selamat untuk anak membesar.


Namun, realitinya di rumah pelbagai risiko tersembunyi boleh wujud tanpa disedari, sekali gus boleh menjejaskan keselamatan anak.


Oleh sebab itulah penjagaan anak memerlukan perhatian penuh dan pengawasan teliti.


Pakar perunding Pediatrik dari Hospital Columbia Asia Bukit Jalil, Dr Wong Yee Ming, berkata bagi mengurangkan risiko kemalangan adalah penting tingkatkan kesedaran mengenai potensi risiko kanak-kanak walaupun di dalam rumah.


"Saya banyak dapat kes membabitkan kanak-kanak yang memasukkan objek atau makanan ke dalam mulut termasuk bebola ikan dan 'popcorn'. Pada usia ini, mereka akan memerhati dan meneroka segala perkara baharu.



"Objek kecil seperti bateri syiling litium juga boleh menyebabkan kemudaratan serius jika tertelan. Kecederaan teruk boleh berlaku apabila kelewatan diagnosis. Justeru, insiden sedemikian perlu diberi perhatian dan diberikan rawatan dengan segera," katanya pada sesi perbincangan sempena pelancaran kempen 'Know The Risks, Protect Your Kids' di Petaling Jaya, baru-baru ini.


Pelancaran kempen itu sebagai usaha Energizer Malaysia mengekalkan komitmennya terhadap keselamatan bateri dan memperkenalkan bateri sel syiling litium terbaharunya dengan sistem keselamatan 3-dalam-1 Child Shield™ untuk perlindungan tambahan di rumah Malaysia.


Sesi perbincangan itu turut menampilkan Pengarah Perniagaan Malaysia dan Singapura, Energizer Holdings Inc, Diana Lee dan dua ibu iaitu Pauline Tan dan Chelasea Ng yang berkongsi pengalaman menjaga dan melindungi keselamatan anak kecil mereka.


Dr Yee Ming berkata, dalam usaha mengurangkan risiko keselamatan anak di rumag, antara langkah pencegahan boleh dibuat adalah seperti memasang pintu penyekat dan memastikan kawasan berbahaya tidak dapat diakses anak.



"Mereka (kanak-kanak) ini sangat bijak dan akan mencari jalan untuk melepasi halangan itu, jadi kita perlu sentiasa peka," katanya.


Pada masa sama, beliau turut menasihatkan ibu bapa tidak panik apabila berhadapan kecemasan yang membabitkan anak mereka.


"Apabila anak terdedah kepada objek asing atau bahan kimia, perkara paling penting jangan panik. Jika panik, anda mungkin tidak dapat bertindak dengan bijak. Kenal pasti bahan yang terbabit. Jika bahan itu diketahui, segera hubungi doktor untuk mendapatkan nasihat lanjut.


"Lazimnya, mereka (kanak-kanak) ini lebih cenderung untuk tercekik atau mengalami masalah lain kerana tahap perkembangan mereka yang belum sepenuhnya matang. Jadi, sangat penting berhati-hati dengan mainan atau barang yang sesuai untuk mereka," kata Dr Yee Ming.


Sementara itu, Pauline yang juga pelakon dan pengacara, berkata insiden tercekik atau tersedak berlaku pada anak antara perkara paling berbahaya dan menakutkannya.


"Kadang-kadang kita terlalu memikirkan bahaya berada di luar, takut mereka jatuh. Jika berlaku kejadian seperti itu, kita boleh bersihkan dan menyapu ubat pada bahagian luka itu.


"Tetapi lain pula kalau di dalam rumah, kita tidak nampak apa yang mereka buat. Itu lagi bahaya dan bermasalah. Anak ini inginkan perhatian, jadi mereka menjerit dan berbuat bising. Jika mereka diam dan tenang itu, kita perlu lebih peka barangkali ada sesuatu berlaku," katanya. - BH ONLINE


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2025 01:23 PM GMT+8 , Processed in 0.039352 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list