CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 48|Reply: 0

[Pulau Pinang] 4 tahan, sindiket pengedaran dadah di Bukit Mertajam tumpas

[Copy link]
Post time 1-5-2025 01:14 AM | Show all posts |Read mode
4 tahan, sindiket pengedaran dadah di Bukit Mertajam tumpas

Oleh Nur Izzati Mohamad - April 30, 2025 @ 8:19pm bhnews@bh.com.my





Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad (tengah). - Foto fail NSTP/Mikail Ong




BUKIT MERTAJAM: Polis negeri ini menumpaskan sindiket pengedaran dadah susulan penahanan tiga lelaki tempatan dan seorang wanita warga asing dalam beberapa serbuan di sekitar Seberang Jaya dan Bukit Mertajam, di sini, semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata dalam serbuan bermula jam 7 pagi hingga 10 malam itu, lebih 12 kilogram (kg) dadah jenis heroin, syabu, ganja termasuk serbuk kafein bernilai RM100,500 yang boleh digunakan 433,000 penagih turut dirampas.

Katanya, hasil risikan mendapati sindiket berkenaan yang diserbu oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah, bergiat aktif sejak hujung tahun lalu.

"Ujian saringan air kencing mendapati dua tangkapan positif dadah.

"Semakan juga mendapati tiga yang ditahan mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan kesalahan jenayah dan dadah," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Hamzah berkata dalam serbuan itu polis turut menyita tiga kenderaan dan barang kemas bernilai RM75,990.

Katanya, semua suspek itu direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan

"Kes disiasat mengikut Seskyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/04/1390723/4-tahan-sindiket-pengedaran-dadah-di-bukit-mertajam-tumpas





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2025 02:17 PM GMT+8 , Processed in 0.042209 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list