CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36|Reply: 0

[Kedah] Suami isteri ditahan disyaki terlibat sindiket edar dadah

[Copy link]
Post time 30-4-2025 04:07 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 30-4-2025 04:08 PM

Suami isteri ditahan disyaki terlibat sindiket edar dadah

WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR
30 April 2025 03:41pm





Siti Nor Salawati (dua dari kanan) menunjukkan dadah yang dicampur dalam minuman perisa buah-buahan tertentu.



ALOR SETAR – Polis berjaya menumpaskan kegiatan seorang pengedar dadah yang bergiat aktif di daerah ini sejak empat tahun lalu hasil satu serbuan di sebuah rumah di kawasan taman perumahan di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad, berkata, serbuan dilakukan oleh sepasukan pegawai dari Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, hasil maklumat risikan yang dijalankan.


Dalam operasi itu, polis merampas 10,340 biji pil Eramin 5 dengan berat 2,846.29 gram, selain 483 gram dadah jenis ketamin dan 364.2 gram serbuk MDMA, dadah sintetik yang sering digunakan di pusat hiburan.

“Jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM189,642.43.


"Dengan jumlah ini, dadah tersebut berpotensi untuk dibekalkan kepada seramai lebih kurang 3,200 orang penagih di sekitar Alor Setar,” katanya pada sidang akhbar di IPD Alor Setar pada Rabu.


Turut disita dalam serbuan itu ialah wang tunai sebanyak RM530, dipercayai hasil aktiviti pengedaran dadah.

Menurut Siti Nor Salawati, dadah tersebut berkemungkinan untuk kegunaan parti persendirian atau digunakan di pusat hiburan.

"Seperti biasa, ia dicampur dalam minuman perisa buah-buahan tertentu, dalam bentuk jus yang mana jika diuji dengan air kencing ia akan menunjukkan positif methamphetamine," katanya lagi.


Tambahnya, siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti sumber bekalan dadah yang dipercayai datang dari luar Kedah.

Siasatan mendapati pekerjaan utama suspek lelaki adalah mengedar dadah, manakala isterinya pula adalah seorang suri rumah.

“Kebiasaannya mereka menetapkan satu lokasi bagi ‘pickup’ sebelum dadah dihantar kepada pelanggan,” katanya.

Jelasnya, ujian saringan awal mendapati suspek lelaki positif methamphetamine dan ketamin, serta mempunyai lima rekod lampau berkaitan dadah, termasuk kes di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.

Suspek perempuan pula tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

Siti Nor Salawati mengesahkan kedua-dua suspek kini direman selama tujuh hari, bermula 29 April hingga 5 Mei, bagi membantu siasatan.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya, yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup, serta Bahagian 3 akta yang membolehkan pelucuthakan harta berkaitan aktiviti dadah.

“Kita menjalankan operasi setiap hari bagi memastikan keselamatan masyarakat, khususnya di Kota Setar," katanya lagi.


https://www.sinarharian.com.my/article/725940/berita/semasa/suami-isteri-ditahan-disyaki-terlibat-sindiket-edar-dadah



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2025 12:36 AM GMT+8 , Processed in 0.140892 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list