CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 67|Reply: 0

[Sarawak] Uggah puas hati kemajuan projek RM208.9 juta di delta Kuala Baram

[Copy link]
Post time 30-4-2025 09:51 AM | Show all posts |Read mode


Uggah (dua kiri) dan yang lain berada di atas bot untuk meninjau perkembangan projek pembinaan terusan di delta Kuala Baram yang bernilai RM208.9 juta itu.

MIRI: Projek Pengorekan dan Pendalaman Saluran Akses Delta Kuala Baram bernilai RM208.9 juta, yang sedang dilaksanakan ketika ini, berada di landasan yang tepat dan lebih awal daripada tempoh yang dijadualkan.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas melahirkan rasa puas hati terhadap kemajuan semasa projek dan menyifatkannya atas keupayaan syarikat pemaju yang dilantik dalam menghadapi cabaran menyiapkan projek tersebut.

Beliau berkata projek tersebut merupakan rahmat untuk pembangunan infrastruktur dan ekonomi negeri.

Bercakap kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke tapak projek itu, dekat sini, petang tadi, Uggah yang juga Menteri Kewangan Kedua dan Ekonomi Baharu serta Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan berkata, projek itu kini berada 0.3 peratus lebih awal daripada jadual.

“Setakat ini, kita sangat berpuas hati melihat kemajuannya dan mereka (pihak pemaju) mempunyai sumber dan teknologi yang mencukupi.

“Kita juga gembira untuk menyatakan bahawa segalanya berjalan sedikit lebih awal daripada jadual,” katanya.

Beliau memberitahu, projek tersebut melibatkan kerja-kerja pengorekan dan pembinaan dua benteng sepanjang enam kilometer (km) dengan kedalaman melebihi 25 meter.

Ia juga merangkumi pembinaan benteng panduan sepanjang 6km yang akan membantu mengarah aliran sungai dan membantu proses pemendapan semula jadi dengan lebih berkesan.

Menurut Uggah, benteng panduan itu dijangka siap menjelang Disember 2026 iaitu tarikh akhir yang telah dipersetujui pihak pemaju.

“Kami telah bersetuju dari awal bahawa benteng panduan mesti siap sebelum akhir 2026.

“Mereka telah mengesahkan akan mematuhi jadual ini dan kami akan memantau kemajuan dengan teliti,” katanya.

Uggah turut menekankan kepentingan pemeriksaan tapak secara berkala, sambil menyatakan bahawa kerajaan negeri di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengambil pendekatan turun padang bagi memastikan penyampaian tepat pada masanya.

“Premier (Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg) telah mengarahkan kita untuk turun padang secara berkala kerana kehadiran kita di lapangan memberikan impak, yang boleh membantu kita menyelesaikan isu-isu yang timbul dengan baik dan memastikan projek ini akhirnya memberi manfaat kepada negeri, rakyat dan ekonomi kita,” tambah beliau lagi.

Projek tersebut meliputi jarak yang besar dan dianggap sebagai inisiatif strategik untuk memperkukuh daya tahan pesisir dan akses marin Sarawak.

“Masih banyak yang perlu dilakukan tetapi ini adalah projek yang membolehkan Sarawak berbangga dengannya apabila siap kelak,” ujarnya.

Hadir sama mengiringi beliau ialah Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin, Timbalan Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan II (Pembangunan Pelabuhan) Datuk Majang Renggi, Pengerusi Lembaga Pelabuhan Miri (MPA) Dato Paulus Palu Gumbang, Pengarah JKR Sarawak Dr Cassidy Morris dan Pengurus Besar MPA Serawa Budol.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2025 03:25 PM GMT+8 , Processed in 0.047203 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list