CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 45|Reply: 0

[Sarawak] Bendera Sarawak dikibar dengan megah semasa perbarisan sempena Hari Anzac

[Copy link]
Post time 29-4-2025 08:31 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Bendera Sarawak dikibar dengan megah semasa perbarisan sempena Hari Anzac di Adelaide, Australia Selatan Jumaat lalu apabila kontinjen National Malaya  & Borneo Veterans Association Australia Inc (NMBVAA) menghargai jasa dan pengorbanan mereka yang mempertahankan Sarawak pada 1965.


Presiden NMBVAA Australia Selatan dan Wilayah Utara cawangan negeri Mejar Paul Rosenzweig dalam satu kenyataan, berkata beliau membawa bendera Sarawak semasa perbarisan bagi memberi penghormatan kepada 11 tentera Australia yang terkorban ketika membantu mempertahankan Sarawak semasa konfrantasi.


Katanya lagi, bendera Sarawak dikibar bagi menghormati jasa dan pemgorbanan Iban Trackers serta semua rakyat Sarawak yang berjuang mempertahankan ibu pertiwi mereka.


Mendedah lanjut, Paul berkata lapan tentera Australia terkorban ketika menyertai operasi membantu mempertahankan Sarawak ketika itu manakala empat daripada mereka meninggal dunia berhampiran Kampung Stass, Bau, seorang lagi berdekatan Gumbang dan seorang lagi Kampung Bokah manakala dua dihayutkan arus deras semasa menyeberangi sungai.


Beliau menambah, tiga lagi tentera Australia meninggal dunia selepas dipindahkan dari Sarawak.


Mengimbau kembali insiden-insiden yang berlaku berhampiran Kampung Stass pada 23 Mac 1965, Paul berkata pasukan itu terkena periuk api dipasang tentera Indonesia di sempadan menyebabkan Sarjan Reg Weiland terbunuh serta-merta dan Iban Tracker, Mudah Jail yang cedera parah meninggal dunia ketika dibawa ke khemah pangkalan 3RAR.


Anzac Day disambut 25 April setiap tahun, hari kebangsaan bagi memperingati rakyat Australia dan New Zealand yang menjadi mangsa peperangan serta peranan mereka dalam pasukan tentera.


Semasa konfrantasi, tentera Autralia ditempatkan di beberapa siri posisi pertahanan, bertanggungjawab terhadap kawasan diberikan kepada mereka di Sarawak dan sempadan Sarawak-Kalimantan.


Sementara itu, Naib Presiden NMBVAA Cawangan Australia Selatan & Wilayah Utara yang juga veteran konfrantasi Don Cameron dalam kenyataan akhbar sama berkata beliau memberi penghormatan kepada Iban Trackers yang sama-sama berjuang dengannya di Sarawak hampir 60 tahun lalu - semasa konfrantasi Indonesia dengan Malaysia.


Perbarisan itu turut disertai Oscar Johnson, yang berkhidmat bagi tempoh lama bersama Australian Regular Army. - UTUSAN BORNEO


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2025 10:05 PM GMT+8 , Processed in 0.053309 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list