CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33|Reply: 0

[Sarawak] Guna dadah secara berulang, lelaki dipenjara lima tahun, satu sebatan

[Copy link]
Post time 29-4-2025 05:07 PM | Show all posts |Read mode


Tertuduh (kanan) keluar dari kamar Mahkamah Sesyen sambil diiringi polis.

KUCHING: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara lima tahun berserta satu sebatan terhadap seorang lelaki yang mengaku bersalah menggunakan dadah berbahaya secara berulang.

Hakim Saiful Bahari Adzmi menjatuhkan hukuman itu terhadap Fedrick Steward Mancha, 34, yang didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 39C(1)(b) akta sama.

Seksyen berkenaan membawa hukuman penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak melebihi tujuh tahun serta sebat tidak melebihi tiga kali jika sabit kesalahan.

Saiful turut mengarahkan tertuduh menjalani pengawasan selama tempoh dua tahun.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu sekitar jam 1.45 petang, 30 Disember 2024 di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan.

Fakta kes mendedahkan tertuduh menggunakan dadah berbahaya jenis Amphetamine dan Methamphetamine dan pada masa sama turut mempunyai dua rekod sabitan lampau di bawah Seksyen 15 (1) (a) ADB 1952 masing-masing bertarikh 26 Januari 2022 dan 19 April 2022.

Amphetamine dan Methamphetamine disenaraikan dalam Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ruvinasini Pandian sementara tertuduh tidak diwakili peguam.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2025 10:08 PM GMT+8 , Processed in 0.053299 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list