CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 44|Reply: 0

[Sabah] Tiga premis kedai musnah terbakar di Pasar Ikan Semporna

[Copy link]
Post time 29-4-2025 04:49 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 29-4-2025 04:50 PM




MUSNAH: Tiga premis kedai musnah terbakar dalam kejadian di bangunan Pasar Ikan Semporna.

SEMPORNA: Sekurang-kurangnya tiga buah kedai dalam sebuah bangunan dua tingkat musnah dalam kejadian kebakaran di Pasar Ikan, Pekan Semporna, di sini, awal pagi tadi

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna Rastam Keladi berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.03 pagi.

Katanya, sepasukan sembilan anggota dan pegawai bersama dua buah jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi memadam kebakaran.

“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati kebakaran itu berlaku di tingkat satu sebuah bangunan yang menempatkan tiga premis kedai jenis tidak kekal di Pasar Ikan Semporna.

“Pasukan bomba terus menjalankan operasi pemadaman menggunakan tiga aliran daripada pili bomba supaya api tidak merebak,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Menurutnya, api berjaya dikawal kira-kira jam 4.13 pagi dan tiada mangsa yang dilaporkan cedera dalam kejadian itu.

“Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan kawasan kebakaran selamat, sebelum operasi ditamatkan pada jam 7.41 pagi.

“Pasukan forensik bomba akan menjalankan siasatan bagi mengetahui punca dan jumlah kerugian dalam insiden berkenaan,” katanya.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2025 12:24 AM GMT+8 , Processed in 0.031517 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list