CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 54|Reply: 0

[Sarawak] Wanita mengaku bersalah miliki dadah dipenjara 10 bulan

[Copy link]
Post time 29-4-2025 09:28 AM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Mahkamah Majistret di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan terhadap seorang wanita berusia 39 tahun yang mengaku bersalah memiliki 1.81 gram Methamphetamine.

Iyati Tambi dari Simunjan, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Ling Hui Chuan sebaik dia didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama.

Seksyen itu membawa hukuman denda tidak melebihi RM100,000, penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Iyati didakwa melakukan kesalahan itu sekitar jam 10.15 pagi di hadapan pondok bilik pengawal keselamatan di Jalan Song di sini pada 16 Januari 2025.

Fakta kes mendedahkan sepasukan polis menahan Iyati susulan disyaki terlibat dalam kegiatan berkaitan dadah.

Pemeriksaan dilakukan dan Iyati menyerahkan satu peket plastik lutsinar berisi ketulan hablur kristal disyaki dadah jenis syabu dengan berat kasar 2.08 gram kepada pihak polis.

Polis merampas barang kes dan membawa Iyati ke pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Daerah Kuching untuk tindakan selanjutnya.

Barang itu kemudian dihantar untuk dianalisis dan laporan kimia bertarikh 21 Februari 2025 seterusnya mengesahkan bahawa bahan berkenaan adalah Methamphetamine, seberat 1.81 gram.

Methamphetamine diklasifikasikan sebagai dadah berbahaya di bawah Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2025 02:53 AM GMT+8 , Processed in 0.033169 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list