CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 57|Reply: 0

[Sabah] Kilang, rumah pekerja, empat kenderaan musnah terbakar

[Copy link]
Post time 29-4-2025 09:23 AM | Show all posts |Read mode




MUSNAH: Api marak memusnahkan kilang papan dan rumah pekerja serta kenderaan di Jalan Kokol, Menggatal, di sini.

KOTA KINABALU: Peniaga di sebuah kilang mengalami kerugian berpuluh ribu apabila kilang  papan dan rumah pekerjanya di Jalan Kokol, Menggatal, musnah sepenuhnya dalam satu kebakaran awal pagi tadi.

Kejadian jam 3.50 pagi itu turut memusnahkan empat kenderaan masing-masing sebuah lori tangki air, sebuah jentera forklift, sebuah kereta sedan dan kenderaan pacuan empat roda.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Agustavia Joe Guasi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan menerusi talian balai pada jam 3.50 pagi.

Katanya, bertindak dengan maklumat, 24 anggota bersama jentera pemadam dan  Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi memadam kebakaran.

“Semasa pasukan tiba di lokasi, kebakaran membabitkan struktur separuh kekal dengan keluasan anggaran 100 x 200 kaki persegi, dan keseluruhan premis termasuk beberapa kenderaan musnah sepenuhnya

“Antara kenderaan yang turut musnah ialah sebuah lori tanker air, sebuah forklift, sebuah kereta sedan dan sebuah kenderaan pacuan empat roda.

“Pasukan bomba menggunakan satu aliran sepanjang 300 kaki dengan dua pancutan untuk memadam kebakaran, menggunakan sumber air dari jentera Water Tanker bomba,” katanya sambil menambah operasi berjaya dikawal pada jam 5.08 pagi.

Katanya, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian ini dan punca kejadian serta jumlah keseluruhan kerugian masih dalam siasatan.

Turut hadir membantu di lokasi adalah anggota dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Sabah Electricity bagi memastikan aspek keselamatan elektrik terkawal.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2025 03:30 PM GMT+8 , Processed in 0.041471 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list