CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 51|Reply: 0

[Sarawak] 1 Mei tarikh mula permohonan bagi BKK Pelajar Sarawak

[Copy link]
Post time 28-4-2025 10:08 AM | Show all posts |Read mode


Dr Annuar (tengah) menunjukkan tarikh permohonan BKK Pelajar Sarawak yang bermula pada 1 Mei 2025 pada sidang media di Kuching, hari ini. Turut kelihatan (kiri) Mohamad Junaidi dan Zamahari.

KUCHING: Anak Sarawak yang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta di seluruh negara boleh memohon Bantuan Kewangan Khas (BKK)  Pelajar Sarawak bernilai RM1,200 setahun bermula 1 Mei hingga 1 Jun 2025.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Dr Annuar Rapa'ee berkata, bantuan kewangan itu akan dibayar dalam dua fasa iaitu RM600 setiap semester dan akan dikreditkan terus ke dalam akaun S Pay Global pelajar sepanjang tempoh pengajian mereka.

"Bantuan ini terbuka kepada semua pelajar tanpa mengira latar belakang ekonomi. Tiada negeri lain yang melaksanakan inisiatif seperti ini. Tempoh permohonan dibuka dari 1 Mei hingga 1 Jun 2025.

"Bagi mereka yang terlepas permohonan pada pusingan pertama, satu lagi peluang akan dibuka pada bulan September, khusus untuk pelajar yang baru memasuki atau mendaftar ke IPTA dan IPTS tahun ini," ujarnya pada sidang media mengenai BKK di Wisma Adenan, Yayasan Sarawak di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Yayasan Sarawak Datu Mohamad Junaidi Mohidin dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Biasiswa, Program dan Bantuan Yayasan Sarawak Zamahari Saidi.

Mengulas lanjut mengenai syarat kelayakan utama bagi memohon BKK tersebut Dr Annuar berkata, pemohon mesti warga Sarawak dengan sekurang-kurangnya salah seorang ibu bapa atau penjaga adalah rakyat Sarawak.

Syarat lain katanya, pelajar adalah warga Sarawak yang sedang mengikuti pengajian peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda di IPT awam atau swasta yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia.

"Pelajar terbabit juga harus mengikuti pengajian secara sepenuh masa serta disahkan dan diperakui oleh IPT bahawa pelajar memenuhi semua kriteria berkenaan," katanya.

Tambahnya, pelajar diwajibkan untuk mendaftar Sarawak ID dan mempunyai akaun S Pay Global yang aktif.

"Semua permohonan perlu dibuat secara dalam talian menerusi portal rasmi Yayasan Sarawak di https://myys.yayasansarawak.org.my,” jelasnya.

Menurut Dr Annuar lagi, inisiatif Kerajan Sarawak itu dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 60,000 pelajar Sarawak di seluruh negara.

Wang bantuan akan mula dikreditkan ke dalam akaun pelajar selepas pelancaran rasmi BKK oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada 28 Jun 2025, dengan konsep 'Ketek Ajak.'

Sebelum ini, inisiatif BKK diumumkan oleh Abang Johari dalam ucapan penggulungan pada hari terakhir persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke-19, November tahun lalu.

Pada mulanya, inisiatif itu disasarkan kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah, kemudiannya diperluaskan untuk merangkumi semua pelajar Sarawak, tanpa mengira pendapatan isi rumah, berikutan maklum balas daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2025 05:36 PM GMT+8 , Processed in 0.048775 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list