CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 68|Reply: 0

[Sabah] AATF bakal rancakkan permintaan pelancongan ke Sabah

[Copy link]
Post time 26-4-2025 08:46 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Sebahagian daripada usaha berterusan untuk merancakkan permintaan pelancongan ke dan dari Sabah serta menjadikan Kota Kinabalu sebagai hab pelancongan utama di rantau ini, AirAsia akan menganjurkan AirAsia Travel Fair (AATF) di Pusat Beli-Belah Suria Sabah pada 26 dan 27 April 2025.

AATF ini juga menawarkan promosi eksklusif termasuk diskaun 30 peratus untuk semua tempat duduk bagi semua penerbangan, Bundle Pack dengan diskaun 50 peratus untuk bagasi serta 30 peratus untuk pemilihan tempat duduk dan tawaran perkhidmatan Fly-Thru ke lebih 130 destinasi di seluruh rangkaian luas syarikat penerbangan ini.

AATF bukan sahaja menggalakkan sektor pelancongan bagi para pengembara dari Sabah, malah turut menyokong pelancongan dalam negeri selaras dengan sasaran kerajaan negeri untuk menarik 3.5 juta pelancong pada tahun 2025.

Kota Kinabalu terus berkembang sebagai hab penting di mana  AirAsia menawarkan penerbangan terus ke bandar-bandar utama dalam negara serta destinasi antarabangsa seperti Seoul, Manila, Ho Chi Minh City, Taipei, Hong Kong, Shanghai dan beberapa lagi bandar di China.

Dengan 21  rangkaian terus dari Kota Kinabalu ke pelbagai destinasi domestik dan antarabangsa, termasuk laluan terbaharu ke Ho Chi Minh City, Vietnam dan Shanghai, China, AATF 2025 menawarkan lebih banyak pilihan dan penjimatan hebat kepada para pengembara di Sabah.

Pengunjung juga boleh menantikan pakej percutian menarik daripada Ikhlas, Tune Protect, dan Santan, selain pelbagai aktiviti, hadiah percuma dan cabutan bertuah sepanjang AATF berlangsung.

Tawaran sah untuk semua penerbangan domestik dan antarabangsa dan hanya sah untuk pembelian bersama tempahan penerbangan dan bagasi serta tempat duduk perlu ditempah dalam satu pakej untuk menikmati diskaun itu.

Pembelian secara berasingan akan ditawarkan harga yang berbeza. Tertakluk kepada terma dan syarat lain.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2025 02:35 AM GMT+8 , Processed in 0.110658 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list