CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 78|Reply: 0

[Sabah] Anak ugut ibu guna pisau ditahan polis

[Copy link]
Post time 25-4-2025 08:16 PM | Show all posts |Read mode

TAWAU: Seorang lelaki berumur 35 tahun ditahan polis kerana dipercayai mengugut untuk mencederakan ibunya menggunakan sebilah pisau dalam kejadian di kediaman mereka di Kampung Ranggu, di sini pada Khamis.


Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 2 petang apabila suspek mengamuk dan mengambil peralatan tajam seperti pisau sehingga mendatangkan ketakutan kepada mangsa.


“Suspek telah bertindak agresif dengan mengancam mangsa (ibu kandung) sehingga menyebabkan ketakutan. Mangsa kemudian tampil di balai polis berhampiran untuk membuat laporan,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Selepas laporan yang diterima, sepasukan polis dari Balai Polis Sri Indah telah dikerahkan ke tempat kejadian untuk membuat risikan.


“Suspek itu berjaya ditahan dan sebilah pisau berukuran 33 sentimeter disyaki digunakan dalam kejadian itu diserahkan kepada pihak polis.


“Suspek bersama barang rampasan dibawa balik ke IPD Tawau untuk tindakan lanjut. Kes akan di Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah,” katanya. - SABAH MEDIA


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2025 05:15 PM GMT+8 , Processed in 0.057945 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list