CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 74|Reply: 0

[Sarawak] MOTS teroka penggunaan AI dalam sektor pengangkutan

[Copy link]
Post time 25-4-2025 04:07 PM | Show all posts |Read mode


Lee (duduk tengah) bersama tetamu kehormat bergambar kenangan dengan hadirin pada majlis malam Khamis.

MIRI: Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS) akan terus menerokai cara untuk memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam sektor pengangkutan, demikian jelas Menterinya Dato Seri Lee Kim Shin.

Lee memberitahu, teknologi itu akan cuba digunakan dalam  pengurusan trafik, penyelenggaraan pintar, sistem amaran keselamatan, sehinggalah kepada perkhidmatan awam yang lebih responsif dan berdata.

"Kini, ramai yang sudah biasa dengan nama-nama seperti ChatGPT, DeepSeek dan sebagainya.

"Ini bukan sahaja membantu kita menjimatkan masa, malah meningkatkan kecekapan dalam pelbagai sektor.

"Kita tidak boleh ketinggalan.

"Sarawak mesti terus bergerak ke hadapan, mengikuti arus perubahan dunia," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Makan Malam Sesi Libat Urus Besama Stakeholder Industri Pengangkutan sempena Hari Raya Aidilfitri di sini, malam Khamis.

Lee dalam ucapannya turut berkongsi beberapa perkembangan penting dalam sektor pengangkutan di Miri, hasil usaha berterusan MOTS dengan sokongan daripada rakan industri dan agensi berkaitan.

Tentang perkhidmatan bas pintar percuma di Miri Lee berkata, ia telah diperkenalkan sejak tahun lepas dan telah memberi manfaat kepada ramai penduduk, terutamanya pelajar dan warga emas.

Inisiatif itu sejajar dengan matlamat kementerian untuk menyediakan pengangkutan awam yang mesra pengguna, mesra alam dan inklusif.

Lee memberitahu, projek pembesaran Lapangan Terbang Miri (LTM) yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat amat penting bagi menampung pertambahan jumlah penumpang, lebih-lebih lagi dengan penubuhan syarikat penerbangan milik Sarawak sendiri, AirBorneo.

Menurutnya, pembesaran LTM bakal merancakkan lagi sektor pelancongan dan ekonomi tempatan.

Tentang pembinaan Terminal Lori Miri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin itu memberitahu, projek telah memasuki fasa penting apabila proses tender semula dimulakan pada 25 Februari lalu.

"Projek ini dijangka mengambil masa 18 bulan untuk disiapkan dan akan membantu menyusun semula operasi lori yang kini tersebar di pelbagai lokasi," jelasnya.

Beliau menambah, kerja-kerja menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Sungai Tujuh telah bermula pada 10 Mac dan dijangka siap pada 9 Disember tahun ini, dengan tempoh pembinaan selama sembilan bulan dan kos melebihi RM3.57 juta.

Apabila siap kelak, Lee berkata, ia bakal menyuraikan kesesakan, serta menambah baik kemudahan dan aliran keluar masuk antara sempadan Sarawak-Brunei.

"Kesemua projek ini merupakan sebahagian daripada komitmen kerajaan Sarawak untuk memajukan infrastruktur pengangkutan di Miri dan kawasan sekitarnya demi keselesaan rakyat serta menyokong pertumbuhan ekonomi tempatan," jelasnya.

Lee dalam ucapannya turut berbangga rakyat di Sarawak, khususnya di Miri, sentiasa memelihara dan merayakan semangat perpaduan dan keharmonian kaum.

Rakyat pelbagai kaum menyambut semua perayaan secara bersama dengan rumah terbuka, kunjung mengunjungi dan duduk semeja tanpa mengira latar belakang.

"Inilah kekuatan Sarawak yang perlu kita terus pupuk," tegasnya

Beliau berharap majlis itu akan terus mengeratkan hubungan silaturahim antara kita semua dan menjadi pemangkin kepada kerjasama yang lebih erat demi pembangunan sektor pengangkutan Sarawak.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2025 05:39 PM GMT+8 , Processed in 0.169650 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list