CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 102|Reply: 0

Didikan sejak kecil kunci masa depan anak

[Copy link]
Post time 25-4-2025 02:49 PM | Show all posts |Read mode


PENDIDIKAN awal kanak-kanak adalah asas penting dalam membentuk peribadi dan sahsiah


individu sejak dari kecil.


Tempoh usia awal, khususnya dari umur 0 hingga 6 tahun adalah fasa perkembangan pesat dari segi emosi, sosial, kognitif, dan rohani.


Oleh itu, pendidikan yang diterima oleh kanak-kanak pada peringkat ini mampu memberi kesan yang mendalam terhadap pembentukan sahsiah mereka apabila dewasa kelak.


Salah satu kepentingan utama pendidikan awal ialah ia membantu membentuk nilai dan akhlak yang baik dalam diri kanak-kanak.


Pada usia ini, mereka mudah menerima tunjuk ajar dan meniru perilaku orang dewasa di sekeliling mereka.




Pendidikan yang berteraskan kasih sayang, hormat-menghormati, dan kejujuran perlu disemai sejak kecil, yang mana tanggungjawab ini bukan sahaja dilakukan oleh guru, malah kerjasama ibu bapa juga penting.


Pendidikan awal turut mengasah kemahiran sosial kanak-kanak. Melalui interaksi bersama rakan sebaya dan guru dalam suasana pembelajaran yang positif, mereka belajar berkongsi, bertoleransi dan bekerjasama.


Proses ini juga membantu kanak-kanak untuk membina keyakinan diri untuk berinteraksi dengan orang lain selain daripada ibu bapa mereka.


Kemahiran ini bukan sahaja penting dalam membina hubungan yang sihat dengan orang lain, malah menjadi asas kepada kepimpinan dan kerjasama dalam masyarakat.


Pendidikan awal yang berkualiti dapat membantu kanak-kanak mengurus emosi mereka dengan lebih baik.


Mereka didedahkan kepada cara meluahkan perasaan secara sihat, mengenal emosi diri ketika berhadapan dengan orang lain, serta mengamalkan rasa empati.


Ini dapat mencegah masalah tingkah laku dan menjadikan mereka lebih matang dalam menyelesaikan konflik.



Melalui pendidikan awal turut menggalakkan kanak-kanak untuk mengekspresikan diri mereka secara kreatif dan berimaginasi seperti melukis, bercerita, bernyanyi, dan menari.


Aktiviti sebegini bukan sahaja dilakukan oleh guru di pusat pendidikan awal, malah peranan ibu bapa


juga penting dalam mendorong perkembangan kreativiti sejak dari usia seawal dua tahun, sebelum mereka melangkah ke alam persekolahan.


Dari aspek akademik pula, pendidikan awal membentuk minat terhadap pembelajaran seumur hidup.


Kanak-kanak yang dibimbing dengan pendekatan yang sesuai cenderung lebih fokus, berdisiplin dan yakin dengan diri sendiri.


Mereka juga lebih bersedia untuk menghadapi cabaran alam persekolahan dan seterusnya kejayaan dalam kehidupan.


Pendidikan awal kanak-kanak amat penting dalam membentuk sahsiah yang mulia dan seimbang.


Ibu bapa, pendidik dan masyarakat perlu memainkan peranan aktif dalam memastikan setiap kanak-kanak mendapat pendidikan awal yang berkualiti.


Dengan asas kukuh sejak kecil, kita dapat melahirkan generasi masa depan yang berilmu, berakhlak dan bertanggungjawab terhadap diri, keluarga serta negara. - BH ONLINE



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2025 12:27 AM GMT+8 , Processed in 0.037004 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list