CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 75|Reply: 0

[Sarawak] Kastam Sarawak patah cubaan seludup rokok, minuman keras bernilai lebih RM500,000 di Miri

[Copy link]
Post time 22-4-2025 09:58 AM | Show all posts |Read mode


Minuman keras dan rokok pelbagai jenama yang dirampas hasil serbuan ke atas sebuah kontena panjang di kawasan Estet Perindustrian Eastwood Valley di sini, bulan lalu.

MIRI: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak berjaya mematahkan cubaan menyeludup rokok dan minuman keras bernilai RM566,691.20 hasil serbuan di kawasan Estet Perindustrian Eastwood Valley di sini, bulan lalu.

Pengarah Kastam Sarawak, Norizan Yahya berkata operasi yang dijalankan sekitar jam 8.30 pagi, 16 Mac lalu adalah hasil maklumat risikan yang diterima.

"Serbuan dilakukan ke atas sebuah kontena berukuran 20 kaki panjang yang berkunci dan hasil pemeriksaan lanjut telah menjumpai sebanyak 700,000 batang rokok putih pelbagai jenama tanpa setem cukai serta 1,536 liter minuman keras," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Norizan, nilai keseluruhan barang yang rampasan dianggarkan berjumlah RM74,372.00, manakala jumlah duti dan cukai yang terlibat adalah sebanyak RM492,319.20.

Beliau menjelaskan, kedua-dua rokok dan minuman keras itu dikategorikan sebagai barangan larangan bersyarat di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023 dan memerlukan Permit Import untuk dibawa masuk ke dalam negara.

"Sindiket dipercayai menggunakan kontena sebagai tempat simpanan bagi menyembunyikan barangan larangan tersebut," jelas beliau lanjut.

Sehubungan itu katanya, kes kini disiasat lanjut mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 kerana disyaki mengimport barang larangan tanpa permit sah.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2025 09:24 AM GMT+8 , Processed in 0.044536 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list