
KUCHING: PropNex Malaysia Sarawak dengan kerjasama The Salvation Army Kuching Children’s Care Centre menganjurkan acara larian amal bertemakan “PropNex Home Run 2.0”.
Acara ini dijangka dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Sentosa, Wilfred Yap.
Jurucakap penganjurnya berkata, acara bertujuan mempromosikan gaya hidup sihat dan mengumpul dana bagi menyokong kos operasi bulanan The Salvation Army Kuching Children’s Care Centre.
Pada masa ini katanya, pusat berkenaan menampung seramai 56 kanak-kanak dan pemuda dengan perbelanjaan bulanan mencecah RM125,000.
“Semua keuntungan bersih daripada penganjuran acara ini akan disumbangkan kepada pusat tersebut,” ujarnya.
Orang ramai yang berminat untuk menyertai larian amal ini digalakkan untuk mendaftar sebelum 3 Mei 2025 bagi menikmati harga promosi.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak penganjur di talian +60 11-3731 9119.
|