CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 85|Reply: 0

[Sarawak] Lelaki mengaku salah simpan video lucah

[Copy link]
Post time 22-4-2025 09:25 AM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Seorang jurukimpal dijatuhkan hukuman denda RM5,000 atau enam bulan penjara oleh Mahkamah Majistret, kerana menyimpan video lucah di dalam telefon bimbitnya, Januari tahun lalu.

Albert Abum, 34, mengaku bersalah atas satu pertuduhan dibawah Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan yang dibacakan di hadapan Majistret Ling Hui Chuan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memiliki dan menyimpan video pornografi di dalam telefon bimbitnya jenis Iphone 15 Pro di Jalan Perlabuhan, sekitar 4.15 petang, 24 Januari 2024.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Berdasarkan fakta kes, bertindak atas maklumat pornografi kanak-kanak, pengadu merupakan pegawai kanan polis melakukan pemeriksaan terhadap tertuduh kerana disyaki memiliki video pornografi kanak-kanak.

Hasil pemeriksaan mendapati ada bahan-bahan pornografi terkandung di dalam telefon bimbit tertuduh.

Tertuduh terus ditangkap dan telefon dirampas untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Difahamkan, tertuduh mengaku dia mendapat video berkenaan di aplikasi Whatsapp.

Dia juga mengaku suka melihat dan menyimpan video lucah tetapi tidak pernah melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Shafiqa Nyaie Ilin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2025 09:25 AM GMT+8 , Processed in 0.050011 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list