CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 63|Reply: 0

[Sarawak] Wanita Sarawak terus cipta perubahan besar dalam pelbagai bidang

[Copy link]
Post time 22-4-2025 08:52 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 22-4-2025 08:53 AM



Fatimah ketika berucap pada sambutan Hari Wanita Antarabangsa (IWD) 2025: Mempercepatkan Tindakan hari ini. - Gambar UKAS

KUCHING: Wanita di Sarawak terus mencipta perubahan besar dalam pelbagai bidang, menjadi nadi penting dalam pembangunan sosial, ekonomi dan kepimpinan negeri.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah berkata demikian semasa memberi ucapan khas sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa (IWD) 2025: Mempercepatkan Tindakan hari ini.

Menurut beliau, peranan wanita tidak hanya tertumpu kepada tanggungjawab domestik, malah semakin terserlah sebagai pendidik, penjaga kesihatan, pemimpin masyarakat serta pemacu kepada inovasi dan ekonomi.

“Wanita di Sarawak hari ini bukan sahaja menyumbang secara signifikan dalam sektor formal, malah turut menjadi penggerak utama dalam sektor tidak formal.
“Peranan mereka dalam membina komuniti dan ekonomi tidak boleh dipandang ringan,” ujarnya.

Sementara itu, Fatimah turut mendedahkan bahawa wanita kini merangkumi lebih 47 peratus daripada tenaga kerja berdaftar di Sarawak.

Angka ini katanya, dijangka lebih tinggi apabila penglibatan wanita dalam sektor tidak formal turut diambil kira.

“Penyertaan wanita dalam bidang pendidikan menunjukkan trend positif. Semakin ramai pelajar perempuan menamatkan pendidikan menengah dan melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi,” tambahnya.

Dalam perkembangan yang sama, beliau turut memperkenalkan satu inisiatif baharu yang akan dilancarkan pada tahun ini iaitu anugerah khas kepada organisasi yang mengamalkan dasar mesra wanita, termasuk dasar kerja fleksibel, keselamatan di tempat kerja dan peluang kenaikan pangkat yang adil.

Anugerah itu tegasnya, akan diumumkan pada sambutan Hari Wanita Peringkat Sarawak kelak.

“Ini bertujuan memberi pengiktirafan kepada majikan yang menunjukkan komitmen tinggi terhadap kebajikan serta pembangunan kerjaya wanita,” ujarnya.

Fatimah pada masa yang sama, juga menyeru agar semua pihak termasuk sektor swasta, institusi akademik dan masyarakat awam agar terus bekerjasama memperjuangkan agenda pemberdayaan wanita.

Turut hadir pada majlis itu adalah Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak Datu Dr Sabariah Putit, Pengasas Bersama Kolej Universiti Kepimpinan Wanita Asia Tan Sri Zarinah Anwar.

Juga Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Keemerlangan Prestasi Sarawak (SCOPE) Joseph Lim Jit Sek, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Datu Felicia Tan Ya Hua, Pengarah Unit Pembangunan dan Pengurusan Sumber Manusia Sarawak Sharifah Rohana Datu Wan Alwi, Pengarah Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak Salmah Jobeli serta Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kepimpinan Perkhidmatan Awam Sarawak Datu Dr Azhar Ahmad.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2025 09:23 AM GMT+8 , Processed in 0.050371 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list