CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 65|Reply: 0

[Sarawak] Kerajaan Sarawak bersedia menerajui usaha pelupusan sisa domestik

[Copy link]
Post time 22-4-2025 08:50 AM | Show all posts |Read mode


Len melawat reruai di Dewan Jubli Perak, Politeknik Kuching Sarawak semalam selesai majlis perasmian. – Gambar Mohd Faisal Ahmad

KUCHING: Kerajaan Sarawak bersedia menerajui usaha pelupusan sisa domestik sebagai contoh kepada negara ini, berikutan peningkatan jumlah sisa yang semakin membebankan tapak pelupusan sedia ada dan tidak lagi memenuhi piawaian kebersihan.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Salleh berkata, kerajaan negeri telah mengambil pendekatan yang proaktif untuk mengurangkan sisa domestik, sambil mencari kaedah terbaik untuk pengurusan sisa tersebut.

Menurutnya, kerajaan negeri antara lainnya bersetuju untuk meneroka kaedah pelupusan seperti Waste to Energy (WTE) dan pembakaran (incineration) sebagai alternatif dalam pengurusan sisa domestik.

“Kita sedang menyediakan sebuah kertas polisi di bawah Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak bagi memastikan kita dapat menerajui usaha pelupusan sisa domestik ini.

“Keadaan semasa menunjukkan bahawa Malaysia, khususnya Sarawak menghadapi masalah kekurangan tapak pelupusan, dengan jumlah penduduk yang semakin meningkat, sementara tapak pelupusan sedia ada semakin berkurangan,” katanya.

Len yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang berkata demikian ketika berucap merasmikan sambutan Hari Bumi 2025 Peringkat Negeri Sarawak di Dewan Jubli Perak, Politeknik Kuching Sarawak hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata kebersihan tapak pelupusan juga dilihat semakin merosot dan menjadi lebih serius apabila haiwan seperti anjing dan burung mengunjungi tapak tersebut.

Selain itu katanya, hujan lebat yang kerap dan kemudiannya menyebabkan banjir turut mengalirkan sisa buangan ke sungai-sungai di sekitar Sarawak.

“Sarawak yang kaya dengan sistem sungai ini akan terjejas teruk apabila sisa-sisa ini mencemari sumber air kita, yang akhirnya memberi kesan kepada kesihatan awam.

"Oleh itu, Kerajaan Sarawak bersetuju untuk mencari dan menggunakan kaedah terbaik bagi mengurangkan tapak pelupusan sampah, sekali gus memastikan kita dapat melupuskan sisa dengan lebih efisien sambil menghasilkan tenaga,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Trienekens (Sarawak) Sdn Bhd Stephen Chin yang senada dengan Len berkata pengurusan sisa bukan hanya tentang melupuskan buangan, tetapi juga berkait rapat dengan cara semua pihak menguruskan sisa tersebut dengan bijak.

“Ia bukan sekadar dilakukan melalui kitar semula, pemulihan atau peningkatan nilai tetapi cabaran yang lebih besar adalah pengurangan penggunaan.

“Inilah bahagian yang kami usahakan melalui pelbagai projek bersama politeknik, universiti, sekolah, tadika dan persatuan komuniti.

“Kami berharap melalui penglibatan ini, kami dapat membantu semua pihak termasuk diri kami sendiri, untuk memahami bahawa nilai sebenar pengurusan sisa terletak pada pengurangan penggunaan,” katanya berucap pada majlis sama.

Sambutan Hari Bumi Peringkat Negeri Sarawak yang bertemakan ‘Our Power, Our Planet’ semalam dianjurkan bersama oleh pelbagai agensi kerajaan negeri dan persekutuan, industri serta komuniti di Sarawak yang merangkumi Jabatan Alam Sekitar (JAS), Trienekens (Sarawak) Sdn Bhd, Politeknik Kuching, Kolej Komuniti Mas Gading, Universiti Malaysia Sarawak, MPP, NREB, Jabatan Belia dan Sukan Sarawak, Jabatan Hutan Sarawak, Sarawak Forestry Corporation, Jabatan Kesihatan, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak serta pelajar dan komuniti Kampung Trombol.

Pelbagai program dan aktiviti diadakan, antara lainnya adalah pembersihan Pantai Trombol, pertandingan bakat PolyCC Talent 17, pertandingan Treasure Hunt, dekorasi kek bertema alam sekitar dan pertandingan reka bentuk dan membina arca serta penanaman pokok.

Untuk rekod, Sambutan Hari Bumi diraikan pada 22 April setiap tahun di seluruh dunia sebagai usaha menghargai bumi dan menyemai rasa tanggungjawab serta meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat untuk melindungi bumi dan alam sekitar.

Hadir sama semasa majlis, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak John Rampai, Kontroler Kualiti Alam Sekitar NREB Sarawak Jack Liam, Pengarah Politeknik Kuching Samsudin Mohd Saleh dan Pengerusi MPP Tan Kai.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2025 09:24 AM GMT+8 , Processed in 0.045984 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list