CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 77|Reply: 0

[Sarawak] Status tanah Blok 1: Lot 8, Sepali Land District belum ditentusahkan oleh JTS

[Copy link]
Post time 22-4-2025 08:37 AM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Status tanah di alamat Blok 1: Lot 8, Sepali Land District, Kanowit sebagai tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) masih belum ditentusahkan oleh Jabatan Tanah dan Survei (JTS).

Pengarah Jabatan Hutan Sarawak (JHS) Datu Hamden Mohammad (gambar) dalam kenyataannya hari ini berkata pihaknya hanya boleh mengambil tindakan lanjut berhubung dakwaan berlaku pencerobohan ke atas tanah berkenaan oleh sebuah syarikat pembalakan.

Beliau mengeluarkan kenyataan itu sebagai maklum balas kepada laporan sebuah portal berita tempatan mengenai aduan Jawatankuasa Tanah Sungai Kajah pada 18 April 2025.

“Untuk makluman, lokasi yang dinyatakan itu masih belum disah dan ditentusahkan statusnya sebagai NCR oleh Jabatan Tanah dan Survei.

“Oleh itu, Jabatan Hutan Sarawak menyerahkan perkara ini kepada Jabatan Tanah dan Survei untuk menentusahkan status NCR tanah berkenaan.

“Jabatan Hutan Sarawak hanya akan mengambil tindakan lanjut setelah pengesahan rasmi diperoleh daripada Jabatan Tanah dan Survei (berhubung status tanah berkenaan),” jelasnya.

Beliau menambah, JHS menghargai persefahaman dan kerjasama semua pihak serta memberi jaminan akan bertindak mengikut peraturan dan undang-undang ditetapkan.

Menurut laporan portal berita itu, Jawatankuasa Tanah Sungai Kajah mendakwa tanah tersebut telah diceroboh oleh sebuah syarikat pembalakan yang memegang permit Hutan Tanam Berlesen (LPF).

Memetik kenyataan pengerusi jawatankuasa itu, Tuai Rumah Kujat Dudang, syarikat pembalakan berkenaan secara tidak sah membersihkan tanah di dalam wilayah NCR penduduk yang telah diwartakan tanpa persetujuan daripada mereka.

Tanah itu menurut Kujat secara rasminya telah diwartakan di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Sarawak (SLC) pada 30 Jun 2016 (Ruj: LXXI 18 Julai 2016 No. 49) dan surat kelulusan untuk diukur di bawah Seksyen 18 pada 22 Oktober 2020 (Ruj: 6/ST/3D/16/2020).


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2025 09:24 AM GMT+8 , Processed in 0.041647 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list