CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 74|Reply: 0

[Sarawak] Kerajaan setuju mengambil alih tanah didakwa berpemilikan bertindih di Kampung Tambirat

[Copy link]
Post time 22-4-2025 08:33 AM | Show all posts |Read mode


Abdul Karim ditemu bual pemberita selepas Majlis Penyerahan Surat Hak Milik Tanah Seksyen 18 KTN di Kampung Moyan Laut, Asajaya hari ini.

KUCHING: Kerajaan Sarawak bersetuju mengambil alih tanah yang didakwa berpemilikan bertindih  di Kampung Tambirat, Asajaya dalam usaha menamatkan pertikaian antara pemilik asal dan penduduk kampung.

Perkara itu dinyatakan Menteri Pelancongn, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah apabila diminta mengulas mengenai isu tanah berkenaan yang kini dirujuk ke mahkamah.

“Mengenai isu tanah di Kampung Tambirat, memang kita akur kes dibawa ke mahkamah. Saya tidak dapat mengulas panjang kerana subjudis, ia masih di peringkat mahkamah.

“Hanya saya boleh katakan, pihak kerajaan telah bersetuju mengambil alih tanah tersebut kerana itu adalah tanah swasta. Tanah kepunyaan orang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mewakili Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menyerahkan surat hak milik tanah di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri (KTN) kepada penduduk Kampung Moyan Laut di Asajaya hari ini.

Abdul Karim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya berkata kerajaan bercadang menjadikan kawasan itu sebagai kampung lot atau memindahkan penduduk menerusi skim pembesaran kampung bagi menyelesaikan pertikaian.

Media sebelum ini melaporkan tanah swasta yang didakwa ‘diceroboh’ di Kampung Tambirat itu melibatkan pembinaan rumah penduduk kampung serta sebuah surau.

Isu berkenaan menjadi tumpuan selepas tular di laman sosial seorang lelaki warga emas, pemilik berdaftar tanah seluas 1.901 hektar itu, menyatakan dia terkejut mendapati 10 rumah kediaman dan sebuah surau telah dibina di atas tanah tersebut.

Pemilik tanah berkenaan memberitahu yang dia tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana pihak untuk membina rumah di tanah yang diklasifikasikan sebagai ‘mixed-zone land’.

Dikatakan dia membeli tanah tersebut pada 2014 dan hanya menyedari ia diceroboh pada 12 Mac 2023.

Dalam laporan berita itu juga memetik Abdul Karim sebagai berkata beliau tidak tahu mengenai isu tersebut walaupun sudah lama menjadi wakil rakyat di sana kerana tiada pihak yang tampil memaklum kepadanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2025 09:24 AM GMT+8 , Processed in 0.037122 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list