CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 56|Reply: 0

[Sarawak] RM1.3 juta naik taraf kemudahan awam di Kampung No. 3, 4, 5 dan 6

[Copy link]
Post time 22-4-2025 08:28 AM | Show all posts |Read mode


Ibrahim ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri Zon 2 PBB Satok yang diadakan di Dewan SK Merpati Jepang semalam.

KUCHING: Sebanyak RM1.3 juta telah diperuntukkan bagi melaksanakan projek-projek menaik taraf kemudahan awam di Kampung No. 3, 4, 5 dan 6 dalam kawasan Satok.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (Sarawak Energy Berhad dan PETROS) Dato Ibrahim Baki berkata, peruntukan tersebut mencerminkan komitmen kerajaan dalam memastikan pembangunan berterusan dan memenuhi keperluan rakyat di kawasan terbabit.

“Jumlah keseluruhan projek di sini adalah sekitar RM1.3 juta dan ia merupakan hadiah kepada kita di Satok hasil pendapatan Kerajaan Sarawak yang dikembalikan semula kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Aidilfitri Zon 2 Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Satok yang diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Merpati Jepang semalam.

Antara projek utama yang diumumkan ialah menaik taraf Dewan Datu Merpati Jepang di Kampung No. 4 dengan peruntukan sebanyak RM340,000.

Bagi Kampung No. 3, sebanyak RM360,000 telah diperuntukkan untuk kerja-kerja menaik taraf sistem perparitan.

Manakala Kampung No.5 menerima tiga projek berasingan iaitu pembinaan tanjakan ke Sungai Lajim (RM100,000), pembinaan jalan akses (RM80,000) dan sistem perparitan baharu (RM50,000).

Sementara itu, Kampung No.6 diperuntukkan RM150,000 untuk sistem perparitan dan RM120,000 bagi kerja menurap semula jalan kampung.

“Selain projek-projek ini, saya akan berbincang lanjut dengan ketua-ketua kampung bagi mengenal pasti keperluan lain yang boleh dilaksanakan demi pembangunan kawasan ini,” tambah beliau.

Turut hadir bersama beliau adalah isterinya Datin Noor Akmar Hamdan, Setiausaha Politik Premier Sarawak Abdul Samat Gany dan Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri Irwan Zulkarnain Hasbie.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2025 09:24 AM GMT+8 , Processed in 0.045420 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list