CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 175|Reply: 0

Pilih baju sendiri, berhak suara pendapat antara 7 tip bina keyakinan diri anak-anak

[Copy link]
Post time 21-4-2025 08:37 PM | Show all posts |Read mode


PERANAN ibu bapa menerapkan perkara positif dalam diri anak-anak wajar dititikberatkan agar mereka cemerlang dari segenap sudut secara holistik.


Antaranya adalah dengan cara meniupkan kata-kata semangat dan menjadi pemangkin utama supaya mereka berasa yakin diri untuk mencuba apa sahaja sehingga dewasa kelak.


Perlu difahami, anak-anak membesar tanpa keyakinan diri bimbang mereka bukan sahaja akan berputus asa, malah mudah terpengaruh, ragu-ragu dan takut untuk bersuara meskipun berada di pihak yang betul.


Berikut Majoriti kongsikan tujuh tip bantu membentuk keyakinan diri anak-anak baik dari segi mental mahupun emosi.




1. Buat keputusan sendiri


Sama ada memilih pakaian atau makanan ringan beri peluang kepada anak-anak buat keputusan sendiri, namun masih dibawah pemantauan.


Langkah ini mendidik mereka menilai dan berfikir ketika membuat keputusan, sekali gus bina keyakinan dan dihargai apabila pilihan dibuat mendapat galakkan daripada ibu bapa.


2. Rai usaha, kejayaan


Meraikan kejayaan anak-anak bukan sekadar memperoleh skor dan gred terbaik, sebaliknya ia meliputi usaha yang gigih.


Biarpun tidak mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan atau sukan, sekurang-kurangnya ucapkan tahniah kerja keras yang dilakukan.


Pujian daripada ibu bapa sedikit sebanyak membuatkan anak-anak untuk terus mencuba meletakkan diri di tempat terbaik berbanding berasa rendah diri dengan kekalahan dialami.




3. Jadi pendengar terbaik


Apabila ibu bapa menjadi pendengar terbaik ketika anak-anak bercerita tanpa mencelah atau menghakimi, secara tidak langsung berasa suara mereka didengari.


Langkah berkenaan turut membina keyakinan untuk anak-anak bercakap secara terbuka dan jujur.


4. Dorong beri pendapat


Beri peluang anak-anak bertanyakan soalan, menyuarakan pendapat sama ada setuju ataupun sebaliknya dengan cara terhormat.


Langkah itu dapat memupuk keberanian anak-anak bersuara di sekolah, bersama rakan sebaya dan orang sekeliling.


5. Tunjuk kasih sayang


Pelukan ringkas dengan kata-kata, "Ibu sayang awak", dan gerak badan mesra mewujudkan keselamatan emosi.


Kanak-kanak berasa selamat di rumah akan membesar dengan harga diri lebih kuat dan berani.


6. Erti tanggungjawab


Beri anak-anak tanggungjawab kecil seperti membantu di dapur atau mengemas beg sekolah.


Cara itu menunjukkan kepercayaan terhadap kebolehan mereka termasuk menguatkan lagi kepercayaan terhadap diri sendiri untuk melakukan sesuatu perkara tanpa gentar.


7. Berani ambil risiko


Sama ada mencuba sukan baharu atau memanjat pokok tahap tinggi, menggalakkan risiko yang selamat membantu anak menemui potensi diri.


Ia meluaskan had kebolehan dan membina keberanian sedikit demi sedikit. — Agensi


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2025 12:39 AM GMT+8 , Processed in 0.037059 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list