CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 105|Reply: 0

[Sarawak] Nenas boleh jadi sumber ekonomi baharu

[Copy link]
Post time 21-4-2025 03:58 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 21-4-2025 04:00 PM

Nenas adalah antara tanaman yang mempunyai potensi besar untuk menjana pendapatan, kata Tiong



Teo (berdiri, tiga kanan) serta kenamaan lain merakam kenangan bersama peserta Kursus Penanaman Nenas 2025 di Rumah Nyudang Batu 13, Jalan KJD di Sibu pada Sabtu.

SIBU: Dengan harga yang stabil dan mempunyai pasaran yang luas, nenas boleh menjadi sumber ekonomi baharu bagi masyarakat luar bandar.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing berkata, nenas adalah antara tanaman yang mempunyai potensi besar untuk menjana pendapatan.

"Ia bukan sahaja mudah untuk diusahakan malah permintaan pasaran semakin meningkat termasuk untuk pasaran eksport," katanya berucap ketika merasmikan Kursus Penanaman Nenas 2025 yang berlangsung di Rumah Nyudang Jalin, Ulu Sungai Assan di Batu 13, Jalan KJD pada Sabtu.

Teks ucapannya dibacakan oleh Pengerusi Parti Demokratik Progresif (PDP) Sibu Jaya Kaunselor Paul Teo yang mewakilinya merasmikan majlis tersebut.

Hadir sama ialah Pengarah Lembaga Perindustrian Nenas Malaysia Negeri Sarawak Mohd Nazaiful Azdi Rahman, Pengerusi Koperasi Komuniti Satu Malaysia Seremban Berhad Titan Ho Kok Yew, Penghulu Sang Blabut, Penghulu Sunang Radin, Penghulu Peter John, Penghulu Binit Sanggau dan Tuai Rumah Nyudang.

Tiong yang juga Ahli Parlimen Bintulu berkata, kursus yang diadakan itu adalah bagi membimbing para peserta mengenai teknik penanaman yang lebih efisien, penjagaan tanaman serta pemasaran hasil.

"Dengan ilmu dan kemahiran yang diperoleh, saya berharap penduduk rumah panjang dapat menjadikan tanaman nenas sebagai salah satu sumber pendapatan yang mampan sekali gus membawa pulangan yang menguntungkan kepada mereka yang mengusahakan," ujarnya.

Justeru, beliau menggalakkan para peserta untuk meneroka potensi hiliran seperti pemprosesan produk berasaskan nenas, contohnya jem, jus dan makanan ringan,
"Begitu juga dengan produk-produk lain seperti cecair pencuci yang boleh dihasilkan menerusi kulit nenas.

"Ini bukan sahaja dapat menambah nilai kepada hasil tanaman, malah boleh membuka peluang kepada lebih ramai usahawan dalam komuniti kita," tegasnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong.

Menurutnya lagi, kerajaan sama ada di peringkat persekutuan mahupun negeri sentiasa komited dalam membantu petani kecil melalui pelbagai inisiatif, termasuk bantuan benih berkualiti, latihan teknikal dan pemasaran produk.

Sehubungan itu, Tiong menyeru semua peserta kursus memanfaatkan sepenuhnya ilmu yang diperoleh dan bekerjasama dengan agensi-agensi berkaitan untuk meningkatkan hasil pertanian.

"Saya berharap kursus ini akan menjadi titik permulaan ke arah kejayaan lebih besar bagi para peserta.

"Dengan usaha dan semangat yang tinggi, kita boleh menjadikan penanaman nenas sebagai satu industri yang membawa manfaat kepada seluruh komuniti," tambahnya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2025 09:22 AM GMT+8 , Processed in 0.082096 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list