CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 80|Reply: 0

[Sabah] Lelaki melecur dalam kebakaran sembilan rumah, lima kenderaan

[Copy link]
Post time 17-4-2025 08:29 AM | Show all posts |Read mode




OPERASI: Pasukan bomba menjalankan operasi memadam kebakaran di lokasi kejadian.

TUARAN: Seorang lelaki melecur pada bahagian tangan dalam kebakaran membabitkan sembilan buah rumah di Kampung Tembiluk Mengkabong, di sini, awal pagi Rabu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Mohamad Nor Amit berkata, kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu turut menyebabkan lima kenderaan milik penduduk terbakar.

Katanya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 2.41 pagi.

“Seramai 12 anggota dan pegawai bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi memadam kebakaran.

“Semasa pihak bomba tiba di lokasi, sembilan rumah jenis tidak kekal dan lima kenderaan iaitu sebuah lori 10 tan dan masing-masing dua kereta serta dua motosikal terlibat dalam kebakaran ini.

“Terdapat seorang mangsa melecur di tangan dan diberikan rawatan oleh pasukan EMRS sebelum dihantar ke Hospital Tuaran menggunakan Ambulan KKM untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan media.

Menurutnya, operasi pemadaman dijalankan menggunakan dua aliran sepanjang 60 meter dan empat pancutan dari sumber air dari jentera dan water tanker.

“Api berjaya dikawal pada jam 3.30 pagi dan operasi diteruskan bagi memastikan tiada lagi punca-punca api yang boleh mencetuskan kebakaran semula.

“Pasukan bomba terus melakukan pemeriksaan akhir bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi tamat sepenuhnya pada jam 6.59 pagi,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2025 06:55 PM GMT+8 , Processed in 1.410303 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list