CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 103|Reply: 0

[Sarawak] Vesel tunda, tongkang gagal kemuka dokumen sah ditahan

[Copy link]
Post time 16-4-2025 10:45 AM | Show all posts |Read mode


Vesel tunda dan tongkang yang ditahan petang Selasa telah diiring ke PTV Miri untuk tindakan lanjut. -Gambar Maritim Malaysia

MIRI: Sebuah vesel tunda dan sebuah tongkang ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Miri selepas gagal mengemukakan dokumen sah semasa diperiksa pegawai agensi, petang Selasa.

Pengarah Zon Maritim Miri, Kapten Maritim Mohd Khairol Anuar Saad berkata vesel dan tongkang itu telah ditahan pada jam 4.16 petang oleh pasukan peronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan Operasi PERMAI 01/2019 dan Operasi TIRIS 3.0 di kawasan kira-kira 2.9 batu nautika barat laut Kuala Baram.

"Ketika diperiksa lanjut, vesel tunda bersama tongkang terbabit telah gagal mempamerkan dokumen yang sah.

"Berikutan itu, kesemua enam kru termasuk nakhoda yang merupakan warga tempatan berusia antara 28 hingga 59 ditahan dan vesel terbabit telah diiring ke Pusat Tahanan Vesel (PVT) Maritim Malaysia Miri untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Sehubungan itu kata Khairol, kes disiasat lanjut di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana gagal mengemukakan dokumen yang sah semasa diperiksa oleh pegawai agensi.

"Maritim Malaysia sentiasa komited menjalankan rondaan serta pemantauan bagi membanteras sebarang pelanggaran undang-undang dan aktiviti jenayah maritim di perairan negara,” tegas beliau lanjut.

Justeru katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat, aduan atau menghadapi sebarang kecemasan di laut, boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim (PUSOP) Zon Maritim Miri di talian 085-649 111, Maritim Negeri Sarawak - 082-432544 / 082-432016 atau talian kecemasan 999 untuk tindakan segera.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2025 06:49 PM GMT+8 , Processed in 1.660119 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list