CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 113|Reply: 0

[Pulau Pinang] Masalah tanah perkuburan Islam di Sungai Dua tidak cukup selesai

[Copy link]
Post time 16-4-2025 12:24 AM | Show all posts |Read mode
Masalah tanah perkuburan Islam di Sungai Dua tidak cukup selesai

Nur Izzati Mohamadam@hmetro.com.my





MOHAMAD mengorek tanah pada gimik Majlis Pecah Tanah Kerja-Kerja Menambun Tanah Perkuburan Islam Berpusat Daerah Seberang Perai Utara (SPU) di Sungai Dua hari ini. FOTO Bernama.



Butterworth: Penduduk Sungai Dua, di sini, kini boleh menarik nafas lega apabila pembinaan tapak perkuburan Islam berpusat di daerah Seberang Perai Utara akan bermula awal bulan depan.

Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid, berkata beliau menegaskan tiada isu kekurangan tanah kubur berlaku di negeri itu.

Sebaliknya, beliau berkata, kebanyakan penduduk tidak mahu jenazah ahli keluarga mereka dikebumikan jauh dari kawasan kariah yang didiami.

Katanya, menyedari permintaan penduduk dekat situ membuatkan pihaknya menerusi Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) melakukan kerja menambun tanah sawah padi seluas 2.2 hektar untuk membangunkan tapak perkuburan Islam berpusat di Sungai Dua, di sini yang dijangka dapat digunakan Oktober ini.

"Mudah-mudahan dapatlah penduduk Sungai Dua yang kata nak kena hantar (ahli keluarga) mereka pergi jauh sekiranya berlaku kematian dapat menarik nafas lega (dengan adanya tanah perkuburan Islam berpusat yang dibangunkan dekat situ).

"Sebenarnya, tiada isu kekurangan tanah kubur berlaku di negeri ini sebagai contoh di Permatang Langsat, Pinang Tunggal, Permatang Haji Hassan dekat Pokok Sena, Kepala Batas masih banyak lagi kosong (cuma ia jauh dari kariah).

"Bagaimanapun, kita berusaha selesaikan selepas melalui pelbagai proses bermula dari tahun 2021 yang meskipun proses pengambilan tanah ambil masa lama tetapi dapat juga diselesaikan dengan jayanya," katanya kepada pemberita pada Majlis Pecah Tanah Perkuburan Islam Berpusat di Sungai Dua, di sini, hari ini.

Katanya, tanah perkuburan Islam berpusat itu akan dibangunkan secara berfasa dengan fasa pertama melibatkan 0.61 hektar tanah akan ditambun melibatkan peruntukan berjumlah RM700,000.

"Keseluruhan proses pengambilan tanah untuk pembinaan (tapak perkuburan) ini lima ekar (2.02 hektar) berjumlah RM2.2 juta, yang kita akan dimulakan berperingkat dengan fasa pertama melibatkan 1.5 ekar (0.61 hektar) kemudian fasa kedua pula kira-kira dua ekar (0.81 hektar).

"Sekiranya fasa pertama dan kedua membabitkan 3.5 ekar (1.42 hektar) itu mencukupi, maka lebihan tanah yang ada akan digunakan untuk membangunkan projek lain," katanya.



Disiarkan pada: April 15, 2025 @ 9:55pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/04/1208121/masalah-tanah-perkuburan-islam-di-sungai-dua-tidak-cukup-selesai




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2025 12:11 AM GMT+8 , Processed in 0.051075 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list