CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 116|Reply: 0

[Pulau Pinang] NCER rekod pelaburan direalisasi RM42.76 bilion di Pulau Pinang tahun lalu

[Copy link]
Post time 15-4-2025 06:13 PM | Show all posts |Read mode
NCER rekod pelaburan direalisasi RM42.76 bilion di Pulau Pinang tahun lalu

Oleh BERNAMA - April 15, 2025 @ 6:07pm




Kon Yeow merasmikan Majlis Kerjasama Strategik bagi NTIC dan NEST di George Town, hari ini - Foto Facebook rasmi Ketua Menteri Pulau Pinang



GEORGE TOWN: Pulau Pinang terus mengukuhkan kedudukannya sebagai hab pelaburan dan inovasi teknologi utama Malaysia, dengan pelaburan direalisasikan bernilai RM42.76 bilion dan mewujudkan hampir 9,000 peluang pekerjaan pada 2024.

Menurut Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) dalam kenyataan hari ini, pencapaian ini adalah daripada kerjasama erat dengan kerajaan negeri Pulau Pinang dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

"Momentum positif ini diteruskan hingga 2025, dengan pelaburan direalisasikan RM13.3 bilion dan 3,000 pekerjaan baharu diwujudkan setakat suku pertama tahun ini," katanya.

Terdahulu, perkembangan terkini ini dibincangkan pada Majlis Kerjasama Strategik bagi Kemajuan NCER Technology Innovation Centre (NTIC) dan NCER Entrepreneur Sustainable Transformation (NEST) di Komtar di sini, hari ini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, yang merasmikan acara itu menegaskan komitmen kerajaan negeri untuk menyokong inisiatif yang dilaksanakan oleh NCER sejajar dengan Visi Penang2030 dan aspirasi Ekonomi MADANI.

Katanya, NTIC dan NEST memainkan peranan penting dalam membangunkan ekosistem inovasi dan keusahawanan yang mampan di Pulau Pinang.

"Pada 2024, NTIC membantu merealisasikan pelaburan bernilai RM26.8 bilion dan mewujudkan lebih 900 peluang pekerjaan manakala NEST berjaya meningkatkan jualan tahunan terkumpul syarikat tempatan sebanyak RM197 juta," katanya.

Sementara itu, Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Mohamad Haris Kader Sultan, berkata NTIC, yang terletak di Bayan Lepas menyasarkan untuk mengukuhkan ekosistem perindustrian melalui tiga inisiatif utama iaitu Pusat Kecemerlangan, Program Meister Teknologi Lanjutan serta Teknologi dan Inovasi.

Katanya, pusat itu dijangka menjadi hab kerjasama untuk perusahaan kecil dan sederhana tempatan, syarikat multinasional dan institusi akademik manakala program NEST terus menunjukkan impak positif selepas membantu 80 syarikat tempatan dalam meningkatkan hasil dan mewujudkan 356 pekerjaan baharu.

"Program ini memberi tumpuan kepada pengukuhan jenama, penggunaan teknologi dan pengurusan kewangan yang cekap.

"NCER komited untuk bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan bagi memastikan Pulau Pinang kekal sebagai destinasi pelaburan terkemuka dan hab inovasi teknologi serantau," katanya.
-BERNAMA

https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2025/04/1384900/ncer-rekod-pelaburan-direalisasi-rm4276-bilion-di-pulau-pinang





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2025 02:27 AM GMT+8 , Processed in 0.051970 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list