CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 63|Reply: 0

[Sarawak] Perasmian pejabat, logo baharu pencapaian penting LKTS dalam pertanian moden, pembangunan tanah

[Copy link]
Post time 15-4-2025 11:25 AM | Show all posts |Read mode


Dr Harry (lima kiri) memerhatikan Dr Rundi melakukan simbolik perasmian logo baharu LKTS di aras bawah DCCI, Jalan Ong Tiang Swee, Kuching hari ini. - Gambar Roystein Emmor

KUCHING: Perasmian pejabat dan logo baharu Lembaga Kemajuan Tanah Sarawak (LKTS) menandakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha untuk memperkukuhkan peranan LKTS dalam bidang pertanian moden serta pembangunan tanah di Sarawak.

Pengurus Besarnya Profesor Dr Harry Entebang dalam ucapannya berkata, pembukaan pejabat serta logo baharu bukan sekadar lokasi pentadbiran malah sebagai simbol komitmen pihaknya untuk menjadi sebuah organisasi keusahawanan berasaskan agro yang memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi, transformasi luar bandar serta keterjaminan makanan di negeri ini.

"Dalam masa sama, turut memelihara kelestarian alam sekitar dan tadbir urus yang baik serta efisien bagi negeri Sarawak.

"Sementara pelancaran logo baharu mencerminkan semangat inovasi dan visi baharu LKTS ke arah pembangunan yang lebih mampan dan berdaya saing," kata Dr Harry.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Perasmian Pejabat dan Pelancaran Logo Baharu LKTS yang berlangsung di aras bawah, Dewan Perniagaan dan Industri Dayak (DCCI) di Jalan Ong Tiang Swee, di sini hari ini.

Majlis turut dihadiri Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (M-FICORD) merangkap Pengerusi LKTS Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom.

Tambahnya, penubuhan pejabat dan logo baharu itu juga merupakan simbol dedikasi agensi untuk meningkatkan kecekapan dan memodenkan operasi selari dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 serta menyahut cabaran Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang mahu Sarawak memiliki stok makanan mencukupi untuk rakyat negeri ini.

"Sebagai sebuah organisasi yang komited terhadap pembangunan tanah dan pertanian moden yang lestari, maka LKTS akan terus bekerjasama dengan semua pihak bagi memastikan manfaatnya dapat dirasai oleh seluruh rakyat Sarawak.

"Justeru mari kita bersama-sama melangkah ke hadapan demi masa depan yang lebih makmur dan progresif... semoga dengan kemudahan baharu dan semangat baharu ini kita terus maju demi kemakmuran Sarawak," ujar Dr Harry.

Tambahnya, rekaan logo baharu itu menampilkan tiga garis segi empat melintang yang melambangkan lapisan tanah.

"Lapisan atas melambangkan langit, lapisan tengah mewakili sektor pertanian manakala lapisan bawah melambangkan tanah Sarawak,” katanya.

Pendekatan berlapis ini, tegas Dr Harry menonjolkan hubungan erat antara alam sekitar, pertanian dan pembangunan tanah yang saling melengkapi dalam usaha membangunkan Sarawak secara mampan.

Hadir sama ialah Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Datuk Martin Ben serta para ahli lembaga pengarah LKTS iaitu Tan Sri William Mawan Ikom, Datuk Dr Penguang Manggil, Dato Dennis Ngau, Wilson Nyabong Ijang, John Ilus dan beberapa ketua jabatan berkaitan M-FICORD serta agensi yang menjadi rakan strategik LKTS.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2025 02:14 PM GMT+8 , Processed in 0.042509 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list