View: 487|Reply: 6
|
[Jenayah]
"Kau Bodoh Ek?" - Parents Takde Common Sense, Suap Toddler Tiramisu Yang Terang2 Ada Coffee!
[Copy link]
|
|
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang wanita dikenali sebagai Nisya berkongsi tentang kekesalannya selepas melihat segelintir ibu bapa yang bertindak memberi anak kecil mereka tiramisu.
Seperti yang kita tahu, tiramisu mempunyai kandungan kafein yang agak tinggi berbanding kek perisa lain kerana biskut lady fingers atau kek span yang dicicah dalam bancuhan air kopi.
Sukatan serbuk kopi itu pula bergantung kepada individu yang membuat tiramisu tersebut. Ada sesetengah tiramisu rasa sedikit pahit kerana kandungan kopi yang tinggi.
Jelas Nisya, walaupun kek tiramisu dilihat seperti satu trend dan dicari ramai pada ketika ini, golongan ibu bapa khususnya tidak wajar memberikan si kecil makan manisan berkenaan.
“Telefon sentiasa di tangan tapi tak nak belajar. Macam tu lah. Nanti diorang keluar ayat, ‘Aku dulu elok je bapak aku bagi air kopi kecil-kecil’,” katanya.
Tambahnya lagi, para ibu bapa yang memberikan anak kecil makan tiramisu ini perlu lebih peka tentang jenis pemakanan yang sesuai diberikan.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen dilihat memberikan pelbagai reaksi tentang hantaran tersebut. Ramai yang bersetuju dengan pandangan dilontarkan oleh Nisya.
“Lagi satu air teh, matcha dan sebagainya yang mengandungi kafein. Kafein adalah ‘a big no’ untuk kanak-kanak,” kata seorang pengguna Threads.
Pun begitu, ada juga segelintir yang berkata pemberian sesuatu jenis makanan kepada anak kecil adalah bergantung kepada pilihan serta keputusan ibu bapa mereka.
“Biar la asalkan ibu bapa tak suapkan dekat anak kau. Ada ibu bapa tak kisah bagi anak rasa satu atau dua suap asalkan ia halal. Saya salah seorang yang macam tu. Air latte pun anak saya suka tapi bukan bagi satu gelas besar dekat dia. Jadi saya b*doh ke?” tanya seorang wanita.
Sementara itu, sesetengah individu berkata ada golongan ibu bapa yang kurang kesedaran tentang pengambilan kafein di kalangan anak.
“Aku lagi terkejut ramai yang terasa dengan Thread ni. Ramai rupanya ibu bapa yang tak ada kesedaran tentang kafein tidak bagus untuk anak,” kata seorang warganet. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Keburukan Kafein Untuk Anak Yang Masih Kecil
Bukan sekadar tiramisu, malah Malaysia juga popular dengan budaya pengambilan minuman kopi dalam rutin harian. Untuk info, kafein adalah tidak bagus untuk kanak-kanak.
Kanak-kanak ini boleh mengalami masalah yang sering didengari berlaku di kalangan orang dewasa sebagai contoh insomnia.
Bahkan, ia juga boleh mengundang keadaan hiperaktif. Ia kemudiannya akan menyebabkan si kecil sukar untuk fokus dan cepat rasa gelisah.
Tindak balas ini mungkin diperlukan oleh individu dewasa untuk meningkatkan tenaga dan daya tumpuan. Bagaimanapun, tindak balas itu mungkin agak berlebihan buat kanak-kanak yang mengambilnya.
Lebih berbahaya adalah ia berisiko membawa keburukan kepada tumbesaran anak. Hal ini kerana kafein tidak mempunyai sebarang kalori yang mendatangkan apa-apa nutrien.
Kanak-kanak yang minum atau makan kafein tidak akan mendapat vitamin dan mineral yang diperlukan untuk tumbesaran mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada iols temgok kat fb, baby diberi lolipop
Ape bodoh gila.lah
Kesian baby tu dok hisap2.igt susu.rupanya.lolipop... |
|
|
|
|
|
|
|
Lps tu bila anak2 autism, adhd & yg sewaktu dgnnya ko salahkn beksin |
|
|
|
|
|
|
|
Ibu bapa kena cakna dengan makanan untuk anak kecil ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|