CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 124|Reply: 0

[Kedah] Hanya kesilapan kecil sistem pemilihan dalam talian PKR

[Copy link]
Post time 14-4-2025 05:14 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 14-4-2025 05:16 PM

Hanya kesilapan kecil sistem pemilihan dalam talian PKR

SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA
14 April 2025 10:51am




Mohammed Taufiq (dua kanan) ketika sidang media sempena Rumah Terbuka Aidilfitri 2025 Parlimen dan Cabang Sungai Petani pada Ahad.



SUNGAI PETANI - Kesilapan teknikal dikesan menerusi sistem pemilihan dalam talian bukanlah penghalang demokrasi secara adil dilaksanakan sekali gus mencapai matlamat pengundian.

Ahli Parlimen Sungai Petani yang juga merupakan Ketua Cabang Sungai Petani, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, ia hanya kesilapan kecil yang dikesan namun tidak menghalang pertandingan secara adil dilaksanakan menerusi pemilihan parti berkenaan.


Beliau, bagaimanapun yakin bahawa Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) akan melakukan penambahbaikan dan memastikan tiada permasalahan yang timbul sekiranya pemilihan dilaksanakan di peringkat pusat nanti.

"Saya mendapatkan respons daripada pihak JPP... pengerusinya sendiri, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa... ini adalah sistem baru yang diperkenalkan, lebih telus, lebih adil dan ketat... sudah semestinya sistem yang baru ini akan ada implikasi, maknanya akan ada sedikit 'glitch' dan sebagainya, jadi ini adalah salah satu yang berlaku sebenarnya, tetapi dapat ditangani dengan baik dan paling penting adalah kita nak memastikan bahawa sistem ini telus.


"Mereka yang dipilih itu benar-benar membawa suara akar umbi, membawa suara rakyat, suara keadilan itu sendiri dan bagi saya ini hanyalah 'minor glitch' dan JPP telah melaksanakan tugasannya dengan cukup baik untuk memastikan ketelusan itu berlaku," katanya.


Orang ramai yang hadir memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri 2025 Parlimen dan Cabang Sungai Petani pada Ahad.



Beliau ditemui media ketika menganjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri 2025 Parlimen dan Cabang Sungai Petani pada Ahad.


Hadir sama, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul yang merupakan bapa kepada Mohammed Taufiq.



Jelas Mohammed Taufiq, penggunaan teknologi baharu dalam sistem pemilihan kali ini membuktikan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berani membuat perubahan ke arah masa depan parti dengan membawa suara akar umbi.


"Jadi kita menyokong ke arah perubahan tersebut tetapi setiap perubahan itu pastinya akan melibatkan sedikit kekurangan dan sebagainya... cuma kita perlu tambah baik perkara tersebut dan saya rasa JPP dah cuba melakukan yang terbaik menggalas tanggungjawab dan amanah yang telahpun diberikan," katanya.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa pengundian bagi pemilihan Angkatan Muda Keadilan (AMK) cabang PKR seluruh Kedah dibatalkan pada Jumaat dan dilaksanakan semula pada Sabtu disebabkan masalah teknikal pada aplikasi pengundian.

Terdahulu Zaliha dilaporkan berkata, PKR memperkenalkan teknologi blockchain dalam sistem pemilihan parti bagi memastikan tahap keselamatan dan ketulenan data pengundi dalam talian, selain menjamin integriti pengundian.

Menurutnya, mekanisme sekuriti itu diperkenalkan dan pengundi dalam talian perlu mengesahkan identiti mereka dengan mendapatkan nombor pas pengesahan transaksi (OTP) melalui nombor telefon yang berdaftar serta melalui pengesahan pengecaman wajah.

https://www.sinarharian.com.my/article/722719/berita/politik/hanya-kesilapan-kecil-sistem-pemilihan-dalam-talian-pkr


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2025 05:27 PM GMT+8 , Processed in 0.055210 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list