CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 129|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak, Kanada perkukuh kerjasama dalam pembangunan tenaga mampan

[Copy link]
Post time 11-4-2025 09:47 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 11-4-2025 09:48 PM



Jodi (tiga kiri) serta delegasi merakamkan gambar bersama Abang Johari (tiga kanan). - Gambar UKAS

KUCHING: Kerajaan Sarawak dan Kanada terus memperkukuhkan kerjasama khususnya dalam pembangunan tenaga mampan.

Memetik laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Malaysia Jodi Robinson berkata, kedua-dua pihak kini mempunyai hala tuju yang sama iaitu untuk memastikan pembangunan tenaga yang mampan.

Bagi tujuan itu katanya, kedua-dua pihak akan memanfaatkan sepenuhnya sumber yang ada bagi merangka langkah seterusnya dalam kerjasama ini.

“Kanada dan Sarawak mempunyai banyak persamaan dari segi kekayaan sumber tenaga dan kedua-dua pihak sangat menumpukan kepada pembangunan mampan, tenaga mampan.

“Saya percaya terdapat banyak bidang di mana kita boleh bekerjasama dan kunjungan hari ini adalah untuk mengukuhkan hubungan antara Kanada dan Sarawak,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini.


Jodi menerima cenderamata daripada Abang Johari sebagai kenangan. - Gambar UKAS
Mengulas lanjut, Jodi berkata Premier Sarawak menyambut baik kerjasama ini, dengan kemungkinan kemasukan syarikat-syarikat dari Kanada untuk datang ke Sarawak pada masa hadapan untuk memulakan kerjasama dalam pelbagai bidang yang diutamakan oleh wilayah ini.

Menyentuh mengenai kerjasama dalam sektor perlombongan, Jodi menjelaskan setakat ini masih belum ada perkembangan baharu, namun beliau yakin dengan pengalaman negara beliau dalam industri tersebut, kerjasama ini dapat diteruskan.

“Tiada perkembangan buat masa ini, tetapi sudah tentu Kanada mempunyai banyak pengalaman, termasuk British Columbia, dalam bidang perlombongan.

“Oleh sebab itu, saya rasa banyak perkara yang boleh kita lakukan bersama dalam industri perlombongan,” ujar beliau lagi.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2025 05:56 PM GMT+8 , Processed in 0.054350 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list