View: 1187|Reply: 1
|
Nikmati 'aurora' depan mata
[Copy link]
|
|
FENOMENA aurora iaitu langit bercahaya dengan pelbagai warna antaranya hijau, merah dan biru menggamit ramai orang untuk berkunjung ke Kutub Utara atau Kutub Selatan bagi menyaksikan dengan mata sendiri.
Bagi peminat fenomena itu yang berada di Malaysia, sebenarnya tidak perlu terbang beribu kilometer kerana ada lokasi yang boleh memberi pengalaman hampir sama.
Pernah kecoh pada tahun 2018, Bagan Datuk iaitu salah bandar di daerah Teluk Intan, Perak yang dikatakan memiliki fenomena seperti cahaya aurora muncul di langit di satu kawasan perairan bandar itu.
Cuma penyebab kemunculan cahaya itu bukan atas faktor semula jadi tetapi kerana pantulan cahaya daripada lampu kapal nelayan di Bagan Sungai Burung terletak di Bagan Datuk.
Keunikan pemandangan sedemikian boleh dijadikan salah satu daya penarik untuk menjadikan bandar Bagan Datuk lebih dikunjungi.
Kemudahan seperti adanya Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) yang menghubungkan Taiping ke Banting, Perak banyak memudahkan orang untuk sampai ke destinasi itu.
Jika sebelum ini sukar untuk sampai ke destinasi terbabit tanpa sebarang tujuan atau mengikuti pakej pelancongan tertentu, kemudahan termasuklah jambatan baru boleh menjadikannya sebagai bandar 'hinggap' atau persinggahan.
Malah, apabila Jambatan Sultan Nazrin Shah iaitu nama jambatan baru sepanjang 10.5 kilometer (km) yang siap pada 31 Mei 2023 lalu, bandar lama itu semakin 'hidup.'
Penulis yang berkesempatan bersantai di bandar Bagan Datuk baru-baru ini selepas pulang beraya mengakui ia mempunyai tarikan tersendiri.
Kemeriahan Dataran Bagan Datuk atau 'Bagan Datuk Waterfront' ibarat nadi kepada bandar itu.
Mana tidaknya, operator pelbagai kenderaan dari motosikal elektrik, skuter elektrik, sehinggalah kepada 'tuk tuk' boleh dinaiki pengunjung dari luar.
Ia antara aktiviti utama pengunjung di sini, malah penulis akui 'trafik' di dataran itu paling sibuk berbanding mana-mana jalan sekitar bandar itu.
Menikmati pemandangan di sepanjang Dataran Bagan Datuk dengan menaiki kenderaan elektrik antara kaedah paling unik dan mudah.
Ia juga dilihat sebagai aktiviti keluarga yang menyeronokkan apabila kenderaan itu boleh membawa penumpang seisi keluarga sambil menyusuri laluan di dataran terbabit.
Sempat juga penulis menemu bual beberapa orang tempatan dan salah seorangnya, Mohammad Amirul Rizal Mohd Firdaus Ambros, 32, mengenai suasana sibuk di dataran terbabit.
Kata Mohammad Amirul, tumpuan pengunjung bandar itu banyak tertumpu di dataran terbabit kerana pemandangan muara sungai, masjid dan aktiviti yang diadakan di kawasan itu.
"Sejak raya kedua lagi saya perasan Dataran Bagan Datuk sudah dikunjungi ramai dan ada yang datang dari sebelah Pantai Timur seperti Pahang dan Terengganu.
"Mereka mahu merakam gambar pemandangan selain mencuba aktiviti di dataran ini.
"Selain kemudahan menyewa pelbagai kenderaan elektrik, pengunjung bandar ini turut mengambil kesempatan membawa anak bermain di replika kapal.
"Sebahagian pengunjung juga mahu melawat Kompleks Masjid Tuminah Hamidi Bagan Datuk.
"Konsep masjid terapung di tepian Sungai Perak juga sesuatu yang mengujakan bagi peminat destinasi masjid.
"Masjid ini juga adalah masjid terapung ketiga di Perak selepas Masjid Al-Badr Pulau Pangkor dan Masjid Kampung Telaga Nenas Ayer Tawar," katanya.
Terbaru katanya, operator pelancongan tempatan turut membuka tempat tarikan baru iaitu Ladang Bunga Matahari di Bagan Datuk.
Mohammad Amirul turut menyarankan pengunjung Bagan Datuk supaya tidak melepaskan peluang mencuba hidangan ikonik dari restoran atau gerai tempatan.
"Ramai juga orang datang ke Bagan Datuk sebab 'nak pekena' kari kepala ikan di Maidin's Corner atau kini nama barunya Kari Manaf.
"Kebanyakan peminat hidangan kari mamak terutama dari Kuala Lumpur dan Selangor datang ke Bagan Datuk untuk nikmati sajian itu.
"Kalau tidak pun boleh cuba hidangan soto dan bakso sup di gerai peniaga di sini. 'Syok' hirup sup sambil menikmati angin petang," katanya.
Penulis akui meskipun hidangan soto dan bakso disediakan penjaja tepi jalan, namun ia cukup enak dan saiz hidangan sepadan dengan harganya.
Selepas puas bersantai di dataran, perjalanan bersambung menjelajah ke pusat bandar.
Tertarik juga dengan bangunan kayu menampilkan seni bina rumah lama dan di depannya ada peti pos berwarna merah.
Menurut penjaja di gerai berhampiran, ia pejabat pos lama yang masih dijaga dengan baik oleh Pos Malaysia berdasarkan persekitarannya. Usia bangunan itu sudah melebihi 100 tahun.
Bangunan rumah kedai dua tingkat di bandar itu juga diberi nafas baru berdasarkan cat yang berwarna-warni.
Bagi pengunjung yang mahu merasai aura berbeza dengan bandar besar dan baharu, Bagan Datuk adalah destinasi yang sesuai!
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Walaupun aurora buatan tp lawo gak ni feeling2 |
|
|
|
|
|
|
| |
|