CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 64|Reply: 0

[Sarawak] Diabetes Malaysia Sarawak anjur program saringan kesihatan percuma Ahad ini

[Copy link]
Post time 7-4-2025 03:18 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Diabetes Malaysia Sarawak dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) dan Lions Club Daerah 308-12 akan menganjurkan program saringan kesihatan percuma pada 6 April ini (Ahad).

Pengerusi  Diabetes Malaysia Sarawak Dr William Voon berkata program berkenaan akan diadakan di ViVacity Megamall, Mydin Semariang dan E-Mart Batu Kawa di Kuching bermula jam 10 pagi hingga 2 petang.

“Program ini bakal dirasmikan oleh Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu Dr Voon menggesa orang ramai datang dan melakukan saringan kesihatan percuma.

Katanya lagi hadiah yang cukup menarik menanti semua peserta.

“Tidak menyedari dan tiada kawalan diabetes yang mencukupi boleh membuat kehidupan pesakit sangat tidak menyenangkan.

“Justeru, datanglah beramai-ramai ke program ini untuk mengetahui status kesihatan anda,” katanya.

Menurut Dr Voon lagi, program saringan kesihatan percuma serupa juga akan diadakan Pasar Utama Bintulu, Pusat Bulan Sabit Merah di Sri Aman, Limbang Plaza (Limbang), Bintang Megamall, Miri dan Sibu.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2025 10:07 AM GMT+8 , Processed in 0.591822 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list